Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang

Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang

Share

iKon Gigi activities

Photos from Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang's post 25/07/2026

25/7/2026
PAMERAN DAN TAKLIMAT KESIHATAN PERGIGIAN DI DEWAN SERBAGUNA TAMAN SRI JANGGUS

Sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah, satu Pameran dan Taklimat Kesihatan Pergigian telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Janggus dengan kerjasama SMK Taman Sejahtera dan MPKK Taman Sri Janggus.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar dan komuniti setempat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut dan gigi sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Antara pengisian yang disampaikan ialah teknik memberus gigi yang betul, kepentingan penggunaan flos gigi, pemakanan sihat untuk gigi, serta langkah-langkah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Selain sesi taklimat, pameran kesihatan pergigian turut menyediakan bahan-bahan pendidikan, demonstrasi penjagaan gigi serta perkongsian maklumat bagi membantu peserta memahami cara mengekalkan kesihatan pergigian yang optimum.

Diharapkan program ini dapat menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan pergigian sejak usia muda, seterusnya membentuk generasi yang lebih sihat dan mengamalkan penjagaan kesihatan mulut secara berterusan.

Photos from Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang's post 22/07/2026

22/7/2025
JomBerusGigi 2minit2Xsehari

Ikon Gigi turut menyertai program online

Photos from Program Kesihatan Pergigian KKM's post 09/07/2026
09/07/2026

10/7/2026
E-BULETIN IKON GIGI
https://heyzine.com/flip-book/d70eeecc53.html

09/07/2026

𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐃𝐎𝐖𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐆𝐈𝐆𝐈 𝟐𝟎𝟐6 | 2 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐋𝐚𝐠𝐢

Kesihatan mulut yang baik bermula dengan tabiat yang betul? Jom pakat-pakat sertai kami dalam acara memberus gigi secara siaran langsung serentak di seluruh Malaysia!

Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum kita cipta impak bersama. Tandakan kalendar korang siap-siap okay!

Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi
Jangan lupa formula mudah ni: 2 minit, 2 kali sehari! Jumpa korang di FB Live nanti!

Photos from Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang's post 09/07/2026

9/7/2026 @ 9am
TAKLIMAT DAN PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN DAN KESELAMATAN YCH 2026 DI PERKARANGAN KILANG YCH

"Gigi Sihat, Kerja Hebat" menjadi tema Taklimat Kesihatan Pergigian yang telah disampaikan oleh IGG Turaisingam sempena Program Hari Kesihatan dan Keselamatan YCH 2026 di perkarangan kilang.

Taklimat yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif ini memberi pendedahan kepada para pekerja, kakitangan serta pengunjung mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut sebagai asas kepada kesihatan tubuh badan dan produktiviti di tempat kerja. Antara pengisian yang dikongsikan ialah teknik memberus gigi yang betul, penggunaan flos gigi, pemakanan sihat, kesan merokok terhadap kesihatan mulut serta kepentingan menjalani pemeriksaan pergigian secara berkala.

Turut memeriahkan program ialah Pejabat Kesihatan Pergigian Berapit yang membuka booth pameran kesihatan pergigian serta menyediakan Trak Pergigian bagi memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat, pendidikan kesihatan pergigian dan perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, pelbagai agensi dan jabatan turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran bersempena Hari Kesihatan dan Keselamatan YCH 2026, menjadikan program ini lebih meriah serta memberi manfaat kepada para pekerja dan pengunjung melalui pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan serta layanan mesra yang amat baik.

Photos from Ikon Gigi Turaisingam - Pulau Pinang's post 09/07/2026

5/7/2026
TAKLIMAT DAN PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA PROGRAM DERMA DARAH DI DEWAN TAMAN CHAI LENG

"Gigi Sihat, Senyuman Hebat" menjadi mesej utama dalam Taklimat Kesihatan Pergigian yang telah disampaikan sempena Program Derma Darah di Dewan Chai Leng Park.

Program anjuran Persatuan Perpaduan Sosial Masyarakat Pulau Pinang bersama Ikon Gigi SPT ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat menderma darah sebagai satu amalan mulia, malah turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan pergigian sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Sepanjang taklimat, para peserta didedahkan kepada kepentingan penjagaan kesihatan mulut, teknik memberus gigi yang betul, penggunaan flos, pemakanan yang sihat serta amalan pemeriksaan pergigian secara berkala. Penjagaan gigi dan gusi yang baik bukan sahaja menghasilkan senyuman yang sihat, malah memberi kesan positif kepada kesihatan keseluruhan.

Turut memeriahkan program ialah Klinik Pergigian Perai yang membuka booth pameran kesihatan pergigian, memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat, pendidikan kesihatan serta khidmat nasihat berkaitan penjagaan kesihatan mulut.

Pelbagai agensi dan organisasi turut mengambil bahagian dengan mengadakan booth pameran masing-masing, menjadikan program ini sebagai platform terbaik untuk menyampaikan mesej kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, semua agensi yang terlibat serta para penderma darah dan pengunjung yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dalam melahirkan masyarakat yang lebih sihat, prihatin dan penyayang.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bukit Mertajam
Shah Alam