Anti Dust Mite
Menghapuskan Dust Mites di rumah anda adalah kelebihan kami. Eliminating Dust Mites are Our Special
Perkhidmatan :
- Pembersihan tilam secara profesional.
- Call Service kawasan lembah klang.
- sesuai untuk semua jenis tilam.
- Menghapuskan alergen, sel-sel kulit mati, dan hama habuk, termasuk najis hama dan telur.
- Mengurangkan alahan, gejala asma , dan serangan sinus
- Peralatan disediakan.
- Menggunakan peralatan berkualiti tinggi.
- Tempoh pembersihan 15-20min (berkesan sehingga 6-8bulan)
20/09/2021
Morning 🌈☺️.. Just wanna share some info I come accrossed. ❤️ Have a great day
*Fatty liver disease* is a condition that causes fat to accumulate in your liver. There are two main types of fatty liver disease: alcoholic fatty liver disease and non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD). Unlike the former, NAFLD is not caused by drinking alcohol. There are certain symptoms for which immediate medical attention should be sought.
People with a liver condition who develop dark black tarry faeces, or dark urine, should seek “urgent medical attention”, according to the British Liver Trust.
Having high levels of fat in your liver is also associated with an increased risk of other health problems, such as diabetes, high blood pressure and kidney disease.
If detected and managed at an early stage, NAFLD can be stopped from getting worse and the amount of fat in your liver can be reduced.
08/06/2020
overly dramatic hummus recipe If the Safdie brothers made hummus Music: Magical Gravity by Asher Fulero Ingredients: - Chickpeas, 1-ish cup - Baking soda 2tsp total - Whole Lemon - Tahini...
22/03/2020
Beli LM HandSanitizer ya!
Stay Healthy,
Stay Clean,
Stay Sanitized
Visit Lazada Shop @:
https://www.lazada.com.my/shop/lmhandsanitizer/
20/02/2019
C9 WeightLoss Programm.. IT IS EASY!! In 9Days WeightLoss2.2kg Forever Living Selangor
- -
Pm/Contact me for more info on how to lose weight now!!
Closed
This is a special reports on how dangerous are dustmites.... we provide house to house mattress cleaning service.. For more info.. PM us
19/09/2015
SILA BACA UNTUK PENGETAHUAN AM.
Apa itu Dust Mites ( Hama Debu )
Cuba imbas kembali mengapa agaknya orang-orang kampung dahulu kerap menjemur tilam, tikar dan bantal di bawah terik mentari? Tentu sekali bersebab.
Kajian menunjukkan alahan berpunca daripada gaya hidup dan persekitaran semakin meningkat.
Kehidupan masa kini yang banyak 'bertutup' memungkinkan longgokan pelbagai punca alahan persekitaran.
Menurut Pakar Imunologi Hospital Pantai, Dr. M. Yadav, antara punca alahan yang menjadi dalang kepada lelah, ekzema dan rhinitis adalah hama debu rumah.
"Ia penyebab penting yang mencetuskan lelah kalangan kanak-kanak dan membabitkan dua pertiga kalangan orang dewasa,'' jelasnya.
Beliau memberitahu, analisis tindak balas kepada alahan di kalangan kanak-kanak yang menghidap lelah menunjukkan hama debu rumah menyumbang 80 peratus kepada masalah itu.
Menghuraikan spesies itu, katanya, hama debu rumah adalah sejenis serangga yang sangat kecil dan tergolong dalam famili labah-labah.
"Ia ada pelbagai jenis dan hidup di merata tempat,'' terangnya.
Menurut kajian yang dijalankan di Malaysia, terdapat 35 spesies hama yang ditemui pada habuk di rumah-rumah di mana 25 daripadanya dikenal pasti sebagai spesies hama debu rumah.
Daripada angka ini ada tujuh jenis yang boleh menimbulkan masalah alahan. Antaranya; dermatophagoides pteronyssinus, dermatophagoides farinae dan Blomia tropicalis.
Hama debu rumah hidup dan cepat membiak dalam suhu bilik dan persekitaran yang mempunyai darjah kelembapan yang tinggi.
Pada masa yang sama, tilam dan bantal adalah tempat utama yang selalu dipenuhi hama debu rumah.
Ini kerana bahan-bahan yang dikeluarkan melalui proses perpeluhan dan sisik kulit, (juga dipanggil sel-sel mati atau dender) semasa tidur adalah makanan bagi hama ini.
"Ramai yang tidak sedar bahawa tahi hama debu rumah mengandungi bakteria dan enzim,'' katanya.
Until-until tahi hama ini perlahan-lahan menjadi habuk halus yang bertaburan di tilam dan berterbangan dalam rumah.
"Setiap hari kita menghirup udara rumah yang dicemari kumuhan hama ini,'' jelasnya.
Kajian menunjukkan, tiga hingga empat peratus penduduk dunia dan 80 peratus pesakit lelah alah kepada kumuhan hama debu rumah.
Menurut Dr. Yadav, tanda-tanda alahan ini seperti mengah, batuk, bersin, pening kepala, sesak nafas, serangan lelah, mata merah dan berair, kulit berasa gatal serta masalah ruam.
Beliau memberitahu, sel-sel kulit yang mati akan tertanggal dengan sendiri setiap hari.
"Oleh kerana lumrah kita kerap melepak di tilam, bantal, permaidani dan sofa, tempat-tempat ini paling banyak terlekat sel-sel mati,'' jelasnya.
Secara kasar, sehari seseorang membuang sebanyak 1/3 gram sel-sel mati.
Dalam masa tiga hari jika dilonggokkan sel-sel mati ini, ia akan berjumlah seberat satu gram.
"Jumlah ini cukup untuk membekalkan makanan kepada 100,000 hama debu rumah bagi tempoh enam bulan,'' katanya.
Menurut beliau, ramai beranggapan bahawa dengan menyedut kotoran menggunakan penyedut hampagas, hama debu rumah dapat dihapuskan.
Sebaliknya, ramai tidak menyedari bahawa tindakan itu hanya sia-sia sahaja.
"Pertama kerana hama debu rumah mempunyai kuku yang tajam bagi membolehkan ia mencengkam kuat untuk bertaut.
"Kedua, ia berukuran 20 micron dan berada kira-kira satu hingga lima sentimeter dalam tilam, bantal atau sofa,'' jelas beliau.
Keadaan itu, katanya, membuatkan penyedut hampagas hanya mampu menyedut telurnya sahaja.
Bagaimanapun tidak semua penyedut hampagas boleh menyedut telur-telur hama debu rumah dengan berkesan, kecuali yang ada penuras khas.
Ditanya mengenai amalan orang dulu-dulu yang gemar menjemur bantal dan tilam, katanya, tindakan itu sebenarnya dapat membantu membuang hama-hama yang telah mati.
"Apabila mereka tepuk tilam atau bantal berkenaan, akan kelihatan debu-debu putih berterbangan dan itu adalah hama yang mati dan tahi hama,'' ujarnya.
Namun kata Dr. Yadav, perbuatan itu tidak dapat mengusir sama sekali hama debu rumah yang telah membiak di dalam tilam.
Sementara itu, Dr. Yadav memberitahu, hama debu rumah tidak s**a pada cahaya dan lazimnya pada waktu siang, spesies itu akan menyorok jauh di dalam tilam.
"Ia hanya akan keluar merayap pada permukaan tilam pada waktu malam untuk mencari makanan,'' katanya.
Kami menyediakan khidmat menghapuskan Dust Mites!!!
Hubungi kami untuk keterangan lanjut / tempahan ;
011-1284 3319 Call/WhatsApp
"Seeing is Believing, Sactisfaction Guaranteed"
like our pages https://www.facebook.com/antidustmites
18/09/2015
Dust Mites tidak dapat dilihat dengan mata kasar secara tidak langsung tiap-tiap malam tidur kita ditemani dengan berjuta Dust Mites pada tilam kita. Ini boleh mengakibatkan asma, sesak nafas, dan gatal pada kulit kita. Hapuskan Dust Mites segera sebelum ia membiak dengan lebih banyak.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut / tempahan ;
011-1284 3319 Call/WhatsApp
"Seeing is Believing, Sactisfaction Guaranteed"
like our pages https://www.facebook.com/antidustmites
17/09/2015
Adakah ada pasti tiada kewujudan Dust Mites pada tilam yang anda gunakan untuk tidur setiap malam?
Adakah anda tahu salah satu punca ashma dan alergi datang daripada Dust Mites?
Tanda-tanda anda ditemani Dust Mites sewaktu anda tidur;
- kerap bersin atau hidung berair
- kerap batuk
- ashma atau sesak nafas
- kulit gatal dan berbintik
Jangan biarkan Dust Mites membiak lebih banyak pada tilam anda. Kami menyediakan khidmat menghapuskan Dust Mites pada tilam anda.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut / tempahan ;
011-1284 3319
"Seeing is Believing, Sactisfaction Guaranteed"
like our pages https://www.facebook.com/antidustmites
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam
47630