Seri Emas Awesome

Seri Emas Awesome

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seri Emas Awesome, Health/Beauty, Shah Alam.

28/10/2017

Marilh baca sorang sekali pun jdlh:---------

```Assalaamu'alaikum WR WB. saudara/i dan teman-teman semuanya.
Seluruh dunia mencintai Nabi SAW.

*Kami ingin mengajak 500,000,000 Shalawat kepada sahabat yang mencintai Rasul Muhammad SAW.*

*Hanya baca dan sebarkan kepada rakan rakan*

*KITA SEMUA UMAT*
*R A S U L U L L A H S A W*

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

*ALLAHUMMA SHALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD,*

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

*KAMAA SHALLAITA 'ALA SAYYIDINA IBRAHIM, WA 'ALA AALI SAYYIDINA IBRAHIM,*

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

*WABAARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD,*

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد

*KAMAA BAARAKTA 'ALA SAYYIDINA IBRAHIM, WA 'ALA AALI SAYYIDINA IBRAHIM, FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID*

YA~ALLAAH يا الله
YA~RAHMAAN يا رحمن
YA~RAHIIM يا رحيم
YA~MALIK يا ملك
YA~QUDDUUS يا قدوس

YA~'AZIIZ يا عزيز
YA~'ALIIM يا عليم
YA~JABBAAR يا جبار
YA~GHANIYY يا غني
YA~LATHIIF يا لطيف

YA~KHABIIR يا خبير
YA~AWWAAL يا أول
YA~AAKHIR يا آخر
YA~BASHIIR يا بصير
YA~SHABUUR يا صبور

YA~SHAMAD يا صمد
YA~MUJIIBU يا مجيب
YA~WAAJIDU يا واجد
YA~RA'UUF يا رؤوف
YA~QAADIR يا قادر

YA~WAAHID يا واحد
YA~HALIIM يا حليم
YA~HAYYU يا حي
YA~QAYYUUM يا قيوم
YA~SALAAM يا سلام

YA~JABBAAR يا جبار
YA~MUTAKABBIR يا متكبر
YA~KHAALIQ يا خالق
YA~BAARI يا بارئ
YA~RAZZAAQ يا رزاق

*Kirim nama ALLAH kepada semua teman Muslim dan INSHAA ALLAH dalam beberapa minit nanti ramai orang bersama sama membaca keindahan nama ALLAH*

*Tolong teruskan message ini..!*


*Anggaplah sebagai sedekah Jariyah..!*


*Jangan lupa untuk menghantar kepada rakan rakan anda..!*


*Tolonglah ! walaupun anda tak mau membacanya, hanya hantar kepada rakan rakan yang lain..!*

*► Astaghfirullah !*

أستغفر الله

► Astaghfirullah !

أستغفر الله

► Astaghfirullah !

أستغفر الله

*► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.*

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

► Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل


* Selesai membacanya, kirim kepada teman lain. Dalam beberapa minit, berjuta orang akan membaca. Anda tak akan rugi apa apa pun, biarkan sentiasa berjalan..! Wassalamualaikum wr wb.```

27/10/2017
19/10/2017

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah *Rumah Orang Tua-Tua*. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.

Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."

Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.

Orang tua tu kata..

"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

"Makcik..'

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..

"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak ye.."

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?

Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..

"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia *ada anak 5 orang*. Anak dia yang sulung bergelar *Tan Sri*, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi *Imam* dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Duduk *hari ketiga* di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata..

"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"

Dia kata..

"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_

SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya *"Ustaz"*. Saya kata..

"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."

Dia kata..

"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi *imam* saya, kalau anak saya dia *tak akan suap* saya makan.."

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..

"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu *hati dia rindu sangat dekat anak dia*, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

_"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini.."_.

Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..

_"Kenapa mak?"_

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..

_"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan.."_.

Saya pegang dia saya kata..

_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak.."_.

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."_

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan *Makcik Hajjah khalijah* ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah *taat* pada mak, *jangan derhaka* pada mak kita, *jangan tinggal dia* di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita *jaga* dia, *picit kepala* mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.

Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat *suapkanlah makanan* pada mak kita..

Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

_"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you *bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua*"_..

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu *tak boleh beza saya dan anaknya*..

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di *Masjid di Gombak*, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

_"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"_.

Dia berkata dalam keadaan menangis..

_"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"_..

Saya kata..

_"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"_..

Dia kata..

_"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar *Tan Sri* yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni *papa kedana* ustaz, *isteri saya mati* kemalangan, *rumah banglo* saya bank dah tarik, *kereta mewah* saya *semua bank dah tarik*, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.
Saya berkata..

_"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan *satu syarat*, kamu *jangan pegang batu nisan* mak kamu.."_.

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, *saya tengok depan mata saya sendiri* dia _*jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah*_ yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

_"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu.."_.

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya _*belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir*_ berhampiran kubur ibunya..

_Allahuakbarrrrrrrrrrrrr..._

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi *balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah*.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah *iktibar* dari kisah di atas.

_"Dan apabila *mata ibumu sudah tertutup* maka *hilanglah satu keberkatan disisi Allah*, iaitu doa seorang ibu"_

Klau btol sygkn mak korang.tlg share group .

05/10/2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

+ Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

*REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*

Tapi dari ALLAH swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sila SHARE dan SEBARKAN. Moga ada kebaikan dan manfaat buat semua..

18/04/2017

🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃

~📝Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSEL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.

~🌹Biarkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK.

~💖Kerana DIA lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃🌹🍃

Photos 03/04/2017

Ubati hati mu yang letih dengan istighfar dan taubat.

Tanda hati letih bila ada rasa bosan, malas, jemu, kosong, lalai dan mudah kecewa.

Hati itu sudah penat dalam mujahadah yang selalu kalah tetapi tetap tidak mengalah.

Hati yang apabila melakukan ketaatan tidak ada kenikmatan dan apabila melakukan kemaksiatan sentiasa diburu keresahan.

Bila hati letih itu petanda hati mu digamit oleh Allah untuk kembali kepada Al Quran.

03/03/2017

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR

Jika setiap do’a kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR

Seorang yang dekat dengan ALLAH , bukan berarti tidak ada air mata

Seorang yang TAAT pada ALLAH, bukan berarti tidak ada KEKURANGAN

Seorang yang TEKUN berdo’a, bukan berarti tidak ada masa masa SULIT

Biarlah ALLAH yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita, kerana ALLAH TAHU yang tepat untuk memberikan yang TERBAIK

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN

Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KESABARAN

Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN

Ketika kamu lelah dan merasa kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN

Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN

Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAH HATIAN

Tetap semangat….
Jaga keikhlasan....
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..
Kerana kamu sedang menimba ilmu di PENGAJIAN KEHIDUPAN

ALLAH...menaruhmu di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”…

Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan

MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TANTANGAN & AIR MATA...

Ya Allah, kuatkan kami yang lemah ini untuk Istiqomah di jalan-Mu hingga maut menjemput

آميــــــــــــــــــــن يَا رَبَّ العَالَمِينْ
_________________________

Sekadar renungan buat kita semoga sentiasa mendapat rahmat dn keredhaan dri ALLAH SWT..Aamiin.

03/03/2017

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
ﻊﻤﺟ ﻡﺍﺮﺤﻟﺍ ﻰﻠﻋ ﻝﻼﺤﻟﺍ ﻩﺮﺜﻜﻴﻟ
ﻞﺧﺩ ﻡﺍﺮﺤﻟﺍ ﻰﻠﻋ ﻩﺮﺜﻌﺒﻓ ﻝﻼﺤﻟﺍ
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
_____
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

02/03/2017

Ujian,
Atas ujian,
Menyentak hati,
Menggesa diri sendiri,
Untuk muhasabah kembali,
Andai ada dosa yang belum diampuni.

Saat sekarang semua kembali padaNya,
Sembah harap dalam doa,
Mohon belas dikurangkan sengsara,
Yang merobek sekalian jiwa.

Benarlah, ujian itu tanda Dia sayang.
Dia mahu kita sedar yang diri kita hanya hamba.
Dan hanya diriNya penuh kuasa.

• • •

"7 Tips Hadapi Ujian Hidup"

1️⃣ Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

Allah SWT memberikan ujian agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan.

Abu Hurairah RA. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.”
- HR. Bukhari.

2️⃣ Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar p**a pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.

Anas TA. berkata: Nabi SAW. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah.”
- HR. Tirmidzi.

3️⃣ Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.

Abu Said dan Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya."
- HR. Bukhari dan Muslim.

4️⃣ Selalu untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan RA. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”
- HR. Muslim.

5️⃣ Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.

"... Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan...)
- QS. Alam Nasyrah 94: 5- 6

6️⃣ Selalu yakin bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
- QS. Al-Baqarah 2 : 286

7️⃣ Menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.

Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha itu dengan doa.

"Maka, apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
- QS. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.”
- QS. Al-Mu’min 40: 60

Photos 15/02/2017
07/02/2016

🍁One Day One Tazkirah🍁

🍀 Jangan Bersedih Kerana Boleh Jadi Cubaan Adalah Anugerah 🍀

Dr. Samuel Johnson mengatakan;

☁️ 'Kebiasaan melihat sisi baik dari semua peristiwa jauh lebih berharga daripada mendapatkan penghasilan seribu pound sterling dalam setahun.'

Firman Allah SWT;

❄️ "Dan tidakkah mereka (orang-orang munafiq) itu memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (p**a) mengambil pelajaran."

(Surah At-Taubah : 126)

Sebaliknya, Al-Mutanabbi mengatakan;

☁️ 'Semoga segala kejadian mampu membuat diriku semakin matang dan memberikan pengalaman berharga untukku.'
Mu'awiyyah mengatakan;

☁️ 'Ketenangan diri ini tidak dimiliki, kecuali oleh orang yang telah mengalaminya.'

Abu Tamam, di dalam Al-Afsyin berkata;

☁️ 'Betapa banyak nikmat Allah yang telah dimilikinya. Namun masih saja ia hidup dalam keterasingan dan kekangan.'

Allah SWT berfirman;

❄️ "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."

(Surah Ibrahim : 7)

❄️ "Dan, Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) melimpah-ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduknya) mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka perbuat."

(Surah An-Nahl : 112)

#⃣ Fattabiouni 💚

23/01/2016

Serius comel

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Website

Address


Shah Alam