Karolina WH

Karolina WH

Share

* Pembekal Produk Nusantara Asli Alami
* Whatsapp: +6018 372 6787
* Email: [email protected]

13/11/2025

Kini boleh dapatkan Gula Kabung Kristal 250g (Pek Percubaan/Kembara)

Berikut adalah kelebihan Gula Kabung Kristal yang anda patut tahu:

• Indesk Glisemik rendah, tidak akan menyebabkan 'sugar spike'
• Kaya dengan kandungan mineral semulajadi
• Sumber tenaga semula jadi & asli
• Boleh digunakan dalam masakan & minuman (sebagai pengganti gula putih)
• Sesuai untuk semua termasuk penghidap kencing manis
• Rasa lebih berkaramel dan aroma yang wangi
• Kandungan adalah 100% gula kabung yang terhasil dari nira pokok kabung liar tumbuh di hutan
• Diproses secara tradisional oleh orang kampung

Boleh dibeli di semua platform jualan kami seperti di Shopee, Tiktok & Laman Web. Tekan link ini untuk ke platform jualan https://linktr.ee/KarolinaWH

Juga boleh dapatkan di Kedai Karolina (Seksyen U12, Shah Alam).

Hubungi kami di whatsapp 018-3726787 https://wa.me/60183726787 untuk info lebih lanjut.

Photos from Karolina WH's post 11/11/2025

Teh Daun Sirih

• Membantu baikpulih dalaman
• Elak nafas & badan berbau
• Antibakteria, antiseptik, antikulat
• Membantu penghadaman
• Mengawal gula dalam darah

Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1-2 helai daun sireh kering ke dalam cawan
2. Bilas sedikit dengan air panas kemudian buang air bilasan
3. Tuang air panas menutupi daun sirih
4. Biarkan terendam selama 3-4 minit
5. Minum semasa masih hangat

Tips:

• Boleh diminum setiap hari atau ikut keperluan
• Sebaiknya diminum tanpa gula
• Daun sirih yang telah diguna boleh diulangpakai sehingga dua kali
• Air rendaman daun sirih boleh diguna sebagai pencuci muka & alat sulit wanita
• Boleh diminum semasa haid
• Secara umum boleh diumum oleh wanita mengandung & selepas melahirkan
• Boleh diminum oleh kanak-kanak 5-6 tahun dan ke atas
• Simpan di tempat kering

Bahan: 100% daun sirih kampung kering. Tanpa pengawet, baja kimia & racun serangga.

04/11/2025

BLOK KAKAO SANTAN.

Boleh dipesan di semua platform jualan iaitu website, Shopee & Tiktok pada 4 NOV 2025 (SELASA), tepat pukul 8 PM.

Tekan link ini https://linktr.ee/KarolinaWH untuk ke semua platform jualan.

Mohon maaf. Atas permintaan yang tinggi dan kuantiti yang terhad, kami tidak dapat menerima sebarang booking/reservation. First come first serve basis.

Blok Kakao Santan ada kemungkinan cair/lembik jika terdedah pada suhu tinggi, boleh keraskan semula di dalam peti sejuk.

Kakao diguna dari baka pokok kakao CRIOLLO dan TRINITARIO yang merupakan baka terbaik buah kakao.

Tanpa racun/baja kimia/pengawet/gula putih/krimer.

Non GMO/non alkalized/non deodorized.

BAHAN-BAHAN BLOK KAKAO:
67% Kakao (Criollo & Trinitario)
17% Santan
15.3% Gula Kabung Kristal
0.7% Vanila asli alami

Jutaan terimakasih kepada yang sabar menunggu.

Moga setiap yang kami sediakan bermanfaat.

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🌿🍃

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 03/11/2025

PANGLIMA AWANG MERUPAKAN ORANG PERTAMA MENGELILINGI DUNIA NAMUN KENAPA TIADA SIAPA YANG BERCERITA MENGENAI BELIAU?

Bukan saya yang cakap.

1. Ini merupakan petikan dari buku ditulis oleh Professor Romain Bertrand “Qui a fait le tour de quoi ? L’affaire Magellan (“Who Went Around What?: The Magellan Affair”).

“The first man to have gone around the world is a MALAY slave — Enrique of Malacca.”

Prof Bertrand merupakan seorang sejarawan Perancis, kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan di Centre de Recherches Internationales (CERI) — sebuah pusat penyelidikan di bawah CNRS dan Sciences Po di Paris.

Bidang kepakarannya ialah Asia Tenggara moden dan kontemporari (terutamanya Indonesia), serta sejarah dominasi kolonial Eropah di Asia.

Petikan buku itu:
“Enrique was born in the heart of the Malay-speaking world, in the Sultanate of Malacca. He was Malay-speaking by birth, and by the time he reached the Philippines, it was already part of that huge regional world of trade in which Malay was the lingua franca of trade transactions”.

**Enrique yang dimaksudkan adalah Panglima Awang.

2. Petikan dari buku “EDEN in The East” oleh Professor Dr Stephen Oppenheimer p**a:

“Banjir besar yang disebut dalam kitab Bible memang benar-benar berlaku — pada penghujung zaman Ais terakhir.

Banjir tersebut menenggelamkan selama-lamanya kawasan pentas benua yang luas di Asia Tenggara, dan menyebabkan penghijrahan penduduk besar-besaran yang seterusnya menyuburkan kebudayaan Neolitik di China, India, Mesopotamia, Mesir dan Mediterranean timur — sekali gus melahirkan tamadun-tamadun awal dunia.

Orang Polinesia tidak datang dari China, tetapi dari kep**auan di Asia Tenggara.

Proses penjinakan atau penanaman awal padi tidak berlaku di China, tetapi di Semenanjung Tanah Melayu, kira-kira 9,000 tahun yang lalu”.

Prof Dr Oppenheimer ingin membuktikan berdasarkan kajian genetik bahawa TAMADDUN AWAL manusia bermula di PENTAS SUNDA setelah banjir besar.

Bukan berasal dari China.

Dan PADI berasal dari sini 9000 tahun dahulu dan bukan dari China.

Ingat perkongsian saya mengenai PADI HUMA?

Pendapat peribadi saya:
Masyarakat Urang Kanekes atau Baduy Dalam merupakan “the missing link” kerana itu saya agak kerap ke sana 🤗

3. Buku “Empire of The Winds” oleh Philip Bowring p**a memperkenalkan satu terma baru iaitu NUSANTARIA.

Jika kita sudah biasa dengan NUSANTARA yang bermaksud antara p**au namun NUSANTARIA mempunyai skop yang jauh lebih luas.

Buku ini bercerita mengenai KEHEBATAN MELAYU DI ALAM MARITIM.

NUSANTARIA - suatu wilayah maritim yang luas dalam dunia Indo-Melayu-Austronesia (laut dan kep**auan), yang menekankan rangkaian perdagangan, masyarakat pelaut, serta hubungan budaya merentasi p**au-p**au dan pesisir.

Pakar membina kapal hebat ialah masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan manakala Nakhoda p**a ialah Melayu.

Hubungan MELAYU BUGIS seperti perkongsian saya sebelum ini juga sudah ada sejak sekian lama.

Kita ada ILMU MAHAL dan KHAZANAH yang tidak ternilai harganya sehingga penjajah sanggup bertarung nyawa untuk ke sini.

Ingatlah SEJARAH SEBENAR.

KITA KUAT APABILA BERSATU.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

Foto:
KOPI PASONGKEN SULAWESI SELATAN.

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🌿🍃

https://linktr.ee/KarolinaWH

31/10/2025

Susulan penemuan papan kapal kayu berusia 1200-1300 tahun di Pulau Melaka sebelum ketibaan Parameswara bakal ubah naratif sejarah Melaka.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1282292/penemuan-papan-kayu-kapal-sebelum-ketibaan-parameswara-bakal-ubah-naratif?fbclid=IwVERDUANxjltleHRuA2FlbQIxMQABHi0yY1sZSAzT86hj_3sQ6MtJ5tAMejGqEy3e8x5XJb_VyJXBp-BSlqVdFBNg_aem_l8s8OplX_omIRAe_khxfaw

Petikan dari akhbar ini menyatakan kapal yang dijumpai di Pulau Melaka itu menyerupai kapal yang masih dibuat di SULAWESI SELATAN.

Terus terdetik mengenai pengembaraan kami menelusuri kehebatan masyarakat NUSANTARA termasuk MELAYU sebagai PELAYAR HEBAT di dunia - “GREAT SEA MARINERS” di SULAWESI SELATAN.

Kami diberitahu sendiri oleh pembuat kapal ini mengenai SEJARAH SEBENAR sejak ribuan tahun dahulu bahawa pembina kapal terdiri dari masyarakat Bugis di SULAWESI SELATAN namun yang mengemudi kapal atau NAKHODA adalah orang MELAYU.

Memang terkedu..rasa sayu betul sebab SEJARAH SEBENAR telah dihilangkan dari kita.

Moga dengan penemuan baru ini membuktikan betapa hebatnya TAMADDUN BANGSA NUSANTARA.

Kita kuat kerana bersatu.

Dan itu yang sangat ditakuti oleh mereka yang masih kuat mencengkam kita walau sudah merdeka.

Moga ILMU MAHAL KEARIFAN masyarakat NUSANTARA kembali menjulang.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

31/10/2025

Cekodok pisang mampu membekalkan tenaga berpanjangan.

Pisang merupakan tumbuhan asal Nusantara.

ALLAH MAHA ADIL ❤️❤️❤️

Dahulunya sebelum kurma mudah didapati di tempat kita seperti sekarang, pisang merupakan PEMBEKAL TENAGA yang wajib bagi masyarakat Nusantara.

Kerana itu pisang dipanggil “kurma Nusantara”.

Pisang juga merupakan MAKANAN PERTAMA bagi bayi yang sudah boleh makan makanan pejal atau “solid food”.

Pisang masak manis dilenyek lalu dicalit di lelangit bayi.

Apabila bayi sudah boleh terima, pisang biasanya juga dicampur dengan nasi.

Bagi yang berperut sensitif, pisang boleh dimakan dengan bahan berkanji seperti nasi, pulut atau tepung berkhasiat.

Kerana bahan berkanji merupakan “buffer” membantu elak perut dari meragam.

Setiap bahan diguna dalam penghasilan makanan harian perlulah mengikut PROTOKOL SEBENAR supaya dapat manfaat bukan mudarat.

Antara kaedah supaya cekodok menjadi pemakanan berkhasiat dan membekalkan tenaga berpanjangan:

1. Pastikan pisang yang diguna tanpa racun/baja kimia. Guna pisang masak ranum.

2. Jika pisang sudah masak ranum, tidak perlu letak air dalam bancuhan. Ini supaya cekodok tidak terlalu berminyak.

3. Pastikan gula yang diguna ialah gula asli alami seperti GULA KABUNG/KELAPA KRISTAL.

4. Jika hendak rasa berLEMAK MANIS gunalah GULA KABUNG KRISTAL.

5. Letak sedikit GARAM ASLI seperti GARAM MATA AIR supaya cekodok lebih berlemak.

6. Guna tepung bermanfaat seperti TEPUNG FERUBI yang membantu pencernaan.

7. Goreng menggunakan minyak tanpa diproses bahan kimia seperti MINYAK NYIOR TANAK. Minyak WARISAN KHAZANAH NUSANTARA tahan suhu panas dan BERMANFAAT untuk tubuh badan.

Walau hanya sempat makan cekodok pisang bagi kita yang sibuk, kita akan kenyang lama BERTENAGA dan menggunakan kudrat banyak tanpa masalah sepanjang hari.

Kerana itu PROTOKOL PENYEDIAAN PEMAKANAN HARIAN sangat penting untuk ELAK masalah.

Dan jika ada masalah, insyaAllah ia dapat dipulihkan dengan baik.

Kerana PEMAKANAN ADALAH UBAT.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌿🍃🌱

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 30/10/2025

Menjadi pelancong secara spontan.

Tinggalkan kebun dan ayam.

Berjalan dan berjalan.

Menggali sejarah yang terkambus.

Tidak jumpa.

Maka berjalan lagi.

Lalu kembali ke lubuk.

Dan terus menggali.

Moga lebih banyak yang ditemui.

Selagi kita ada, teruskan bercerita.

Jika bukan kita, siapa lagi.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 29/10/2025

MINYAK NYIOR TANAK ini merupakan minyak dalam kategori “NON RBD OIL”.

RBD bermaksud - REFINED, BLEACHED, DEODORIZED.

MINYAK NYIOR TANAK ini terhasil tanpa melibatkan bahan kimia bermula dari penanaman sehingga penyaringan terakhir.

Kebiasaan minyak termasuk minyak sawit yang dihasilkan dalam industri besar akan melalui proses RBD supaya berwarna jernih, tiada bau dan tahan lama.

Kaedah yang diguna dalam menghasilkan MINYAK NYIOR TANAK ini masih mengikut kaedah ILMU KEARIFAN MASYARAKAT NUSANTARA dahulu.

Sebanyak 10-15 biji KELAPA TUA diperlukan bagi menghasilkan 1L MINYAK NYIOR TANAK ini.

Santan diperah lalu ditanak selama 3-4 jam sehingga minyak terhasil.

Minyak ini kemudian ditapis menggunakan tanah atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “NATURAL BLEACHING EARTH”.

Kaedah ini merupakan kaedah yang telah diguna sejak ribuan tahun lagi bagi menapis minyak serta membuang segala kotoran dan “impurities”.

Kaedah ini juga mengurangkan bau kuat minyak kelapa dan merupakan kaedah PENGAWETAN ALAMI supaya tidak tengik.

Minyak nyior tanak biasanya tidak tahan lama dan mudah berbau tengik dalam masa 5-6 bulan.

Namun kaedah “NATURAL BLEACHING EARTH” ini menjadikan MINYAK NYIOR TANAK tahan tidak rosak dan tidak tengik sehingga 2 tahun atau lebih.

MINYAK NYIOR TANAK ini juga tahan suhu panas boleh diulang pakai 3-4 kali tergantung pada jenis masakan/gorengan.

Alhamdullilah ramai yang sudah menggunakan MINYAK NYIOR TANAK ini bercerita masakan bertambah sedap dan harum 🥰🥰🥰

MINYAK NYIOR TANAK ini juga sesuai dijadikan MINYAK URUT, MINYAK SAPU dan MINYAK RAMBUT tanpa melekit.

Jutaan terimakasih kepada pengguna setia MINYAK NYIOR TANAK ini.

Moga ILMU MAHAL KEARIFAN MASYARAKAT NUSANTARA dijaga sebaiknya.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

28/10/2025

Kunyit secara asal mengandungi “oxalate”.

“Oxalate” merupakan antara sistem pelindungan yang ALLAH cipta untuk tumbuhan supaya tidak diganggu oleh pemakan termasuk manusia.

Walau masyarakat NUSANTARA dahulu tidak pernah tahu dan kenal “oxalate” tetapi mereka faham kesan kepada tubuh badan manusia.

Sebab itulah ada PROTOKOL yang WAJIB dibuat supaya kunyit yang mempunyai NILAI PERUBATAN TINGGI dapat diambil dengan selamat.

Protokol dari ILMU KEARIFAN masyarakat dahulu yang tidak diajar di silibus akademik terutama yang diasaskan Barat.

Kita kena ingat bahawa kunyit asli dari tanah kita.

Bermakna kita telah hidup dengan kunyit sejak ribuan tahun lagi.

Antara kaedah bagi menghilangkan “oxalate” dari kunyit ialah MENGISAR HALUS dan MEMASAK kunyit.

Seperti penghasilan SERBUK KUNYIT GULA KABUNG KRISTAL ini.

Kunyit kampung dikisar halus dan dimasak bersama GULA KABUNG BUKU di atas api perlahan menggunakan DAPUR KAYU.

Proses ini memakan masa 3-4 jam sehingga GULA KABUNG BUKU menjadi kristal dan sebati dengan kunyit yang dikisar halus.

Kunyit yang dijadikan minuman perlu diambil dengan pemanis asli sebagai “buffer” supaya aman kepada perut.

Itu juga antara PROTOKOL dari ILMU KEARIFAN masyarakat dahulu.

Berhati-hatilah dengan kunyit yang diambil dalam bentuk suplemen seperti curcumin kerana akan melibatkan proses penggunaan bahan kimia malah ada yang sintetik.

Jika kita amalkan “DIET REAL WHOLESOME FOOD” maka tidak sepatutnya kita ambil bahan diproses dalam diet harian.

Moga ILMU KEARIFAN ini dijaga sebaiknya.

Tidak diganti dengan produk yang dihasilkan dengan pelbagai proses kimia yang dipasarkan dengan gah oleh mereka yang kuat mengawal ekonomi dunia.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 25/10/2025

KOPI dan MCT OIL?

Usah merosakkan KOPI ASLI dengan meletakkan bahan diproses hanya kerana ia dipasarkan dengan gah oleh Barat bertujuan komersial.

Tak habis-habis kopi difitnah.

Kononnya sebaiknya letak MCT oil baru tidak dapat kesan tidak baik dari kopi.

Sekarang ini segala “jargons” keluar.

Memang bagus supaya kita tahu tetapi yang tidak bagus apabila semua itu diguna untuk menakut-nakutkan bertujuan komersial.

“Oxalate”; “phytic acid”; “lectin”, “arsenik”, “cyanide” antara yang selalu diceritakan.

Semua itu merupakan bahan-bahan yang ALLAH hadirkan secara semulajadi dalam tumbuhan sebagai sistem pelindung tumbuhan.

Walau pun masyarakat NUSANTARA tidak tahu segala “jargons” ini namun mereka tahu dan faham betapa penting untuk proses setiap itu supaya dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan.

Supaya semua itu tidak memudaratkan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Ingatlah..masyarakat NUSANTARA termasuk MELAYU merupakan PAKAR dalam ILMU RACUN dan PENAWAR.

Setakat hal “oxalate”; “phytic acid”; “lectin”, “arsenik”; “cyanide” itu sangat mudah bagi mereka uruskan.

Masyarakat kita dahulu bijak sehingga dapat menukarkan tumbuhan beracun menjadi makanan berkhasiat.

Masyarakat kita dahulu juga sangat terkenal dengan ILMU PERSENJATAAN BERACUN sehingga menakutkan penjajah Eropah.

Sehingga sekarang jika kita jumpa keris-keris lama, jangan suka-suka hendak pegang tanpa tahu asal-usul.

Dibimbangkan masih terdapat racun berbisa pada bilah.

Panjang sangat jika hendak bercerita dan sudah banyak juga posting saya sebelum ini mengenai kehebatan masyarakat dahulu.

Sebab itu tersangat penting untuk kita terus mencari dan menggali segala ILMU KEARIFAN ini.

Supaya kita tidak dengan mudah kena tipu.

Supaya kita ingat dan tahu bahawa sebenarnya PENJAJAH yang perlukan kita BUKAN sebaliknya.

Sebab itulah mereka itu sanggup berkorban nyawa, berperang, menghabiskan perbelanjaan besar mengatur serangan demi serangan untuk menawan kita.

Pegang naratif ini kuat-kuat!

Foto:

Kombinasi KOPI PASONGKEN dan BONE-BONE bersama PISANG GORENG FERUBI.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 23/10/2025

Ratusan tahun dahulu kita yang menguasai ekonomi kelapa.

Kerana kelapa asal tanah kita.

Namun hasil dari PENJAJAHAN maka segalanya terbalik.

Dengan teknologi moden maka banyak produk kelapa dapat dihasilkan.

Dan rata-rata dihasilkan oleh PEMAIN BESAR yang mengawal ekonomi dunia.

Sehingga kita sudah tidak tahu membezakan antara “UNREFINED” dan “REFINED” minyak kelapa.

Tanpa sedar, PEMAIN BESAR yang menguasai ekonomi dunia menaja pelbagai lab research bagi menghasilkan “REFINED” dan “CHEMICALLY PROCESSED” minyak kelapa termasuklah yang gah seperti MCT oil.

Anda bolehlah search sendiri sebab sekarang maklumat di hujung jari kaedah penghasilan minyak kelapa terutama MCT oil seperti yang ini:

“Medium-chain triglyceride (MCT) oil is a REFINED, PROCESSED INGREDIENT produced industrially from coconut or palm-kernel oil by hydrolysis of triglycerides, fractional distillation/separation of medium-chain fatty acids, and re-esterification with glycerol to form purified caprylic/capric triglycerides; manufacturers (e.g., Stepan’s NEOBEE) and regulatory reviews describe these chemical and enzymatic processing steps in detail.” 

https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9217113/

Banyak sebenarnya yang telah direkodkan tentang penglibatan pemain besar atau BIG PLAYERS dalam industri minyak kelapa.

Kita sangat maklum kerja mereka dalam REBRANDING atau PENJENAMAAN SEMULA.

Habis dihilangkan yang asal, hasilkan yang baru setelah mereka kawal ekonomi sesuatu bahan dan REBRANDING.

Sehingga yang ASAL dilupakan dan yang kita ingat yang lebih GAH ialah apa yang mereka hasilkan.

Begitulah.

Jika kita TIDAK BERCERITA maka kekal lah ia begitu.

Dan selamanya kita ingat kita tidak punya apa-apa.

Segala yang baik hanya dari mereka.

Sebab itulah sangat penting mengkaji dan tahu SEJARAH SEBENAR.

Pasti akan ada agenda di setiap itu.

Foto:

Telur goreng menggunakan MINYAK NYIOR TANAK.

Minyak kelapa BERMANFAAT TINGGI yang hampir pupus asli KHAZANAH WARISAN dari ILMU MAHAL masyarakat NUSANTARA.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌱🍃🌿

https://linktr.ee/KarolinaWH

20/10/2025

ILMU PADI/BERAS
ILMU TANAK NASI
ILMU DIET
ILMU PERUBATAN
ILMU SENIBINA
ILMU PERTANIAN
ILMU MELESTARIKAN ALAM
ILMU FITNESS TRAINING
ILMU PERSENJATAAN
ILMU TEKSTIL

Inilah ILMU BANGSA NUSANTARA.

Kita sudah sangat BERTAMADDUN sebelum segalanya diganggu gugat.

Lalu dikatanya kita tidak punya apa-apa.

Tidak berilmu.

Jadi mudahlah kita serah diri dan ambil bulat-bulat apa yang “mereka” paksakan ke atas kita.

Atas alasan kita ini tidak berilmu, tidak bertamaddun.

Sedangkan SEJARAH SEBENAR kita ini sudah bersifat GLOBAL sejak ribuan tahun dahulu.

Ketahuilah..kita jauh lebih awal dari orang Eropah kenal KOPI, pelbagai jenis GULA ASLI malah TEH dari negara China. Belum bercerita mengenai REMPAH RATUS yang menjadi rebutan dunia.

Dan ketahuilah..bahan asas untuk TAMIFLU itu ialah BUNGA LAWANG yang telah diproses bagi mendapatkan “shikimic acid” yang telah di “synthesised”.

Ketahuilah SEJARAH SEBENAR yang pengeluar ubat ini telah MEMBORONG 90% bekalan bunga lawang dunia sehingga menyebabkan “shortages” untuk beberapa lama.

Kajilah, dalamilah SEJARAH SEBENAR.

Supaya kita tidak mudah ditipu dan diperdaya apa tah lagi diperbudakkan.

Kisah ini yang perlu diceritakan kepada anak cucu dan generasi baru.

Suasana di KELEKAK ketika hujan sambil tanak nasi daun pisang.

Moga ALLAH merahmati kita semua ❤️❤️❤️

—> FOOD AS MEDICINE 🌴🌿🌱🍃

https://linktr.ee/KarolinaWH

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

http://www.karolinawh.one/

Address


Shah Alam

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 15:00