Foreverliving Manjung Sitiawan Lekir
Agen foreverliving Malaysia
Hubungi: 0124351304 untuk mendapatlan item foreverliving
penghantaran seluruh negara.
"Patutlah Nabi S**a Gua Hira’: Sains Baru Jumpa Rahsia 2 Jam Yang Orang Islam Dah Buat 1400 Tahun Dulu"
Tuan-puan,
Kita hidup dalam zaman yang bising, kan?
Bangun tidur, tangan terus capai telefon. Mata tengok skrin, telinga sumbat lagu trending media social yang memekak.
Masuk kereta, tangan gatal nak pasang radio atau Spotify. Tak boleh sunyi langsung. Kalau sunyi sikit, kita rasa kekok. Kita rasa awkward.
Masuk ofis, bunyi keyboard, bunyi orang membawang, bunyi printer.
Balik rumah, buka TV. Walaupun tak tengok, kita biar je TV tu berbunyi sebab "tak nak rumah sunyi".
Rupa-rupanya Tuan-puan, ketagihan kita pada bunyi bising ni sedang membunuh otak kita secara senyap.
Dan saintis baru saja jumpa penawarnya.
Ada satu kajian legend daripada Duke University, diketuai oleh saintis bernama Imke Kirste.
Asalnya, dia nak kaji pasal kesan bunyi ke atas otak tikus.
Dia bahagikan tikus kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan A dengar bunyi bising (White Noise).
Kumpulan B dengar lagu klasik Mozart.
Kumpulan C dengar bunyi anak tikus.
Dan ada satu kumpulan lagi, Kumpulan D.
Kumpulan D ni dia letak dalam keadaan SENYAP SUNYI selama 2 jam sehari.
Saintis ingat kumpulan senyap ni takkan ada apa-apa perubahan. Yelah, duduk diam je kan? Tak buat apa-apa.
Tapi bila mereka scan otak tikus-tikus ni, mereka terkejut beruk.
Rupa-rupanya, tikus dalam Kumpulan D (Senyap) yang paling power perkembangan otaknya!
Saintis mendapati berlaku proses yang dipanggil Neurogenesis.
Maksudnya, sel-sel otak baru sedang T U M B U H dengan gila-gila banyaknya dalam kepala tikus tu.
Di mana sel ni tumbuh?
Di kawasan Hippocampus.
Ini adalah "kilang memori" otak kita. Di sinilah tempat kita simpan ingatan, dan di sinilah tempat kita kawal emosi supaya tak cepat koyak.
Bila kita duduk dalam senyap selama 2 jam, otak kita tak "tidur".
Sebaliknya, otak kita masuk mod "General Cleaning".
Dia baiki sel rosak.
Dia buang maklumat sampah.
Dia susun balik memori penting.
Dia stabilkan emosi kita yang tengah serabut tu.
Patutlah orang yang selalu duduk dalam kebisingan, mereka cepat stres. Cepat lupa kunci letak mana. Cepat melenting hal remeh.
Sebab "kilang memori" mereka tak sempat nak buat maintenance.
Tuan-puan,
Bila saya baca kajian ni, saya terus teringat satu benda.
Saya teringat kenapa Nabi Muhammad SAW, sebelum jadi Rasul, Baginda s**a sangat mengasingkan diri (Uzlah) di Gua Hira’.
Gua Hira’ tu sunyi, Tuan-puan. Jauh dari hiruk-pikuk kota Mekah. Hanya ada bunyi angin.
Rupa-rupanya, persediaan untuk memikul beban wahyu yang berat tu memerlukan otak dan jiwa yang dah "dibina" melalui kesunyian.
Dan lepas jadi Rasul, amalan apa yang paling Nabi jaga dan suruh kita buat?
Qiamullail. Solat Malam.
Bila waktu solat malam ni?
Pada 1/3 malam yang terakhir.
Waktu tu jiran dah tidur mati.
Kereta dah tak lalu lalang.
Burung pun tak berkicau lagi.
Waktu tu lah dunia paling sunyi sepi.
Sains mengesahkan, bila kita bangun pada waktu sunyi dan gelap ni, hormon stres (kortisol) dalam badan kita berada pada tahap paling rendah.
Masa ni lah "Neurogenesis" berlaku paling optimum.
Kita selalu ingat Tahajjud tu cuma untuk pahala akhirat semata-mata.
Kita lupa, Tahajjud tu sebenarnya adalah "Gym" untuk otak kita.
Orang yang rajin Tahajjud, muka dia nampak tenang.
Otak dia tajam, idea mencurah-curah.
Dia jarang nyanyuk bila tua.
Emosi dia stabil, tak cepat melatah bila diuji.
Sebab apa?
Sebab setiap malam dia bagi "vitamin" kesunyian pada Hippocampus dia.
Tuan-puan,
Mat Salleh kena buat kajian makmal, kena bedah otak tikus, baru jumpa fakta ni tahun 2013.
Kita?
Allah dah ajar kita benda ni 1400 tahun dulu percuma je.
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (Surah Al-Muzzammil: 6).
Tapi itulah kita.
Kita lagi percaya "Healing" tepi pantai sambil dengar lagu jiwang, daripada "Healing" atas sejadah waktu pukul 4 pagi.
Jadi, apa nasihat saya hari ini?
Kalau Tuan-puan rasa otak dah tepu, idea tak keluar, hati rasa serabut macam benang kusut...
Jangan tambah bunyi. Jangan buka lagu heavy metal konon nak lepas geram.
Sebaliknya, TEKAN BUTANG PAUSE.
Cari masa 2 jam sehari (atau mulakan dengan 30 minit pun jadilah).
Tutup telefon. Campak jauh-jauh.
Tutup TV.
Duduk diam-diam.
Kalau orang Islam, cara paling padu ialah bangun Tahajjud. Mengadulah pada Tuhan dalam kesunyian tu.
Atau sekurang-kurangnya duduk berzikir dalam gelap sebelum Subuh.
Biar sunyi tu merawat sel-sel otak Tuan-puan.
Pada mulanya memang rasa tak selesa. Rasa sunyi tu "bising" dengan suara hati sendiri. Rasa nak capai phone.
Tapi percayalah.
Itu bukan kekosongan.
Itu adalah bunyi otak Tuan-puan sedang "bertukang" membina versi diri Tuan-puan yang lebih bijak, lebih tenang, dan lebih kuat.
Jangan takut pada sunyi.
Sebab dalam sunyi itulah, kita jumpa kembali kekuatan kita yang dah lama hilang.
MasyaAllah, hebatnya aturan Tuhan. Dia suruh kita solat malam bukan nak menyusahkan, tapi nak bagi kita "power" untuk hadap dunia siang yang gila ni.
01/01/2026
Produk ForeverLiving
Penghantaran seluruh negara
wasap.my/60124351304/nakforeverliving
Pn.maslina
supervisor
0124351304
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
32000
Sitiawan
32000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Foreverliving Manjung Sitiawan Lekir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.