Maz Masrom
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maz Masrom, Health/Beauty, Subang Jaya.
26/01/2022
π΅ππΏπΈπ» π½πΈ ππ΄πΎπ΄π ππ΄ππΌ π΅πΌπΏπ΄ ππ΄πΎ π·πΌπΈπ
Pernah dengar tak orang kata "Nasi tak bersalah". Selalu mendset ramai orang yang nak diet takut sangat nak makan nasi.
Bukan nasi tu yang buat anda gemuk, tapi cara pengambilan dengan nasi tu yang buatkan badan kita mengembang tanpa sedar.
Bila sedap sangat makan, sedar-sedar bertambah-tambah pulak nasi kita ambil.
Tips paling mudah ialah ambil nasi segenggam tangan dan ambil lauk seperti ikan, ayam, atau telur sebesar tapak tangan anda.
Anda belajar sesuatu? Boleh share dengan kawan-kawan anda yang tengah diet tu.
π
**amakantapinakkurus
24/01/2022
Bila nak berdiet mestilah nak makan yang sedap2 kan. Diet sepatutnya tak stress dan kene lah enjoy dengan menu diet tiap2 hari.
Ni saya ada share resepi sedap bila nak diet. Boleh makan dengan segenggam nasi ataupun segenggam soohoon yang dicelur dengan air panas. Wahhh sedapkan.
Banyak lagi resepi diet yang sedap dalam program online coaching. Nak saya share?
Boleh Komen Nak!!
π
**amakantapinakkurus
23/01/2022
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL
Bukan kesihatan badan je penting, kesihatan mental pun perlu dijaga.
Ia adalah masalah ke dua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung.
Apabila kita mengutamakan kesihatan mental sendiri, kehidupan akan jadi lebih mudah. Apabila kita mampu untuk menguruskan diri sendiri InsyaAllah kita dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Jangan lupa share untuk manfaat bersama.
22/01/2022
KEBAIKAN PISANG YANG ANDA PERLU TAHU
Pisang adalah salah satu snacking sihat yang boleh anda ambil. Sebenarnya banyak khasiat pisang ni
Antaranya ialah:-
1. Bantu melancarkan pembuangan air besar dan masalah sembelit.
2. Pisang mengandungi karbohidrat, vitamin A dan kaya dengan potassium. Baik untuk jantung.
3. Bantu memberi tenaga segera
4. Membantu masalah senggugut.
Banyak kan khasiat dan kebaikan pisang. Tapi kene ingat ye, pisang yang dimaksudkan bukan pisang yang digoreng atau susu pisang tau. Kuantiti pun kene jaga, hanya ambil sebiji pisang setiap kali snacking.
Dapat sesuatu? Jika ye boleh share posting ni atau tag dengan kawan-kawan ye.
π
**amakantapinakkurus
21/01/2022
7 RAHSIA HILANGKAN PERUT BUNCIT
Cuba follow 7 rahsia ni & istiqomah selama 25 hari. InsyaAllah boleh nampak kesannya.
Anda belajar sesuatu? Boleh share post ni dekat kawan-kawan ok.
π
**amakantapinakkurus
20/01/2022
KENAPA SOOHOON LEBIH SIHAT DARI BIHUN
Jom kenal perbezaan diantara bihun dan soohoon
1. Bihun diperbuat daripada beras, soohoon daripada tepung kacang hijau
2. Bihun adalah karbo ringkas, soohoon adalah karbo kompleks
3. Bihun tinggi GI, Soohoon rendah GI
4. Bihun buat paras gula naik mendadak, soohoon buat paras gula naik secara perlahan and steady
5. Bihun buat cepat lapar, soohoon buat kita kenyang lebih lama
Jika anda tengah dalam process turun berat, Soohoon adalah pilihan terbaik untuk anda. Dan ianya juga murah dan senang untuk dimasak. Jimat masa anda π
π
**amakantapinakkurus
19/01/2022
PROTEIN HAIWAN YANG TERBAIK UNTUK DIET
Ada 2 jenis sumber protein isitu daripada sumber haiwan dan tumbuhan.
Pilihan protein daripada sumber haiwan yang betul akan bantu untuk anda mendapatkan protein yang tinggi dan lemak jahat yang rendah.
Berdasarkan kandungan nutrisi dalam gambar, salmon adalah pilihan terbaik kerana mengandungi tinggi protein dan juga tinggi lemak baik iaitu omega 3.
Cuba elak kan mengambil daging merah semasa dalam process penurunan berat badan seeloknya pilih daging putih.
Anda belajar sesuatu? Boleh share post ni dekat kawan-kawan ok.
π
**amakantapinakkurus
19/01/2022
TENGAH DIET, TAPI HUSBAND AJAK MAKAN KAT KEDAI MAMAK
Anda tak sure kat kedai mamak nak order makanan apa?
Tak risau dah! Lepasni boleh je dating ngan husband dekat mamak and diet still ontrack. Saya share 4 idea untuk anda. Yang nombor 4 tu mesti terkejut kanπ Untuk air, you pilih air kosong, air teh o ais tanpa gula ok.
Save siap-siap carousel ni untuk refer lagi nanti!
π
**amakantapinakkurus
11/01/2022
Siapa cakap mak anak 6 tak boleh turunkan berat badan?
Kak Hariyati dah buktikan walaupun struggle nak menguruskan 6 org anak tetapi masih berjaya turunkan berat.
Kak Hariyati start program pada bulan Jun 2020 dan berjaya turunkan 7.6 kg pada bulan pertama.
BULAN PERTAMA tau! Wow. Hebat kan?
Apa yang Kak Hariyati paling s**a dengan FHOC ni:
1. Meal plan yang lengkap dan boleh dimakan seisi keluarga.Ye lah, mak anak 6 kan. Memang confirm busy lah.
2. Boleh makan 5x sehari. Rasa macam tak percaya dalam program diet ke ni asyik makan je π
Siapa yang nak tahu lebih lanjut mengenai detail program, boleh klik link di bio IG
08/01/2022
KEBURUKAN CRASH DIET
Crash diet ialah diet rendah kalori, iaitu 1000 kalori sehari.
4 keburukan Crash Diet
1. Fatigue atau cepat penat : mengurangkan tubuh anda dari nutrisi-nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalama hibernasi, kerana ia cuba menyimpan tenaga tetapi tidak mencukupi.
2. Badan akan kurang nutrisi: Kita semua sedar, apabila tubuh kita kekurangan nutrisi-nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.
3. Kehilangan otot: Anda memang akan kehilangan lemak, tetapi, tanpa anda sedari, anda juga akan kehilangan otot.Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak dari yang anda jangka.
3. Berat mudah naik semula : Masalah utama diet mendadak ini adalah, ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan ia amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah untuk 12 minggu dan selepas itu, kembali ke cara pemakanan yang dahulu dan menambahkan kembali berat yang telah dihilangkan. Ini dinamakan diet yo-yo.
π
**amakantapinakkurus
07/01/2022
Ada banyak cara nak turunkan berat badan tapi mulakan dengam something yang simple dan basic dulu.
Yang penting kena bermula dengan niat untuk kesihatan dan mudah untuk beribadah.
Antara 7 tips ni yang di atas ni yang mana anda dah bermula?
Jom save tips ni untuk rujukan anda π€©.
π
**amakantapinakkurus
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Subang Jaya