Pengedar Shaklee Subang Jaya
An ex-nurse & clinical instructor
A mommy of 3 kids
A bizwoman Mentor Master Coordinator Shaklee
Majlis Iftar di serupa macam dah menyambut Syawal kemeriahan dia. Ni merupakan tahun ke dua kami ke sana.
Dan kali ni lebih meriah dari semalam.Tahnian anak-anak dan warga SESTA semua.
Kita satu keluarga!
30/07/2025
Saya: Cepatlah yang, hari ni last day bulan Julai! 😰
Suami: Eh, mana ada... esok lah. Bulan ni 31 hari 😅
Hahahaha fail sungguh!
Sampai dalam group pun dah kecoh ingat closing hari ni 🤣
Tapi takpe... vibe closing tu penting!
Dah berkobar-kobar semangat nak bantu orang sihat dan bantu team cari rezeki 💪
🔥 JANGAN TERLEPAS PROMOSI JULAI NI 🔥
Terutamanya Vitamin C & OsteNutrix –
harga akan NAIK LEBIH RM10 bermula Ogos nanti! 😱
Kalau boleh jimat hari ni, kenapa nak belanja lebih minggu depan?
https://aisah.net/promosi-produk-shaklee-julai-hampir-tamat/
Sama-sama kita grab peluang ni sementara masih ada 🙌
📦 Siapa nak saya bantu lock harga promo, komen atau PM cepat ya!
15/06/2025
June Ebright Show Case Is Coming!!!!
I want to invite everyone let's bring your kids, your family to come this event which located at Pustaka Raja Library, Shah Alam.
Date : 28th June 2025
Time: 9 am - 8 pm
Lots of activities your kids can join in. Also you will watch the speech from the young kids do In front of their stage doing their speech for everyone
All are invited and it is free!
Hurry up. Lock the date and bring your kids to come this program .
Want to know more about the program or anything about the you can dm them yah..
23/05/2025
Mengajar anak ni biarlah dari awal sebenarnya. Cukuplah pengalaman dengan kakak-kakaknya memberi pengajaran kepada kami.
Nak anak smart, bijak dan pandai selain kita bekalkan Vitamin seperti Omega 3 dan Multivitamin, kita kena ajar anak buat latih tubi secara konsisten.
Semalam suami cerita dia ada terbaca melalui thread orang katanya ada si ibu ni dah ajar anaknya to do list seawal usia 8 tahun
Kita rasa eh kenapa nak ajar anak awal sangat. Kesian nanti anak-anak stress. Haa itulah yang berlaku kepada diri saya satu ketika dulu.
Kesilapan saya sebab mereka masih tahap 1 jadi tak perlu nak serius sangat.
Akhirnya bila kita nak ajar mereka untuk setiap hari buat to do list bantu kerja mereka di Sekolah Menengah memang agak s**ar.
Lepas tu mereka s**ar nak kuasai topik asas seperti Matematik.
Ghazi ni pun dulu berzikir kata nak buat bahagi susah. Sampai menangis kadang tu.
Tapi lepas dia hafal sifir, dia buat latihan sifir 25 soalan tak sampai 5 min siap. Dia buat bahagi dengan penuh bahagia dah sekarang 😝. 25 soalan hanya 5 minit
Hasil buat latihan Matematik hari- hari. Jadi setiap hari to do list dia wajib buat latih tubi Matematik paling kurang 20 soalan.
Dan selepas itu, dia akan pilih satu atau dua latihan untuk subjek lain supaya dia tak lupa apa yang dia belajar di sekolah.
Anak saya ni bukanlah kategori gifted. Tapi potensi anak itu kita boleh ubah dari seawal yang mungkin.
Yang mengubah itu kitalah parents sebagai penggerak anak ini. Cukuplah pengalaman lepas pahit bagi kami.
InshaAllah pasti Allah hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk anak-anak lebih cemerlang di masa akan datang. Amin
Salam Jumaat semua. Jangan lupa ya vitamin Omega 3 sekarang tengah promosi. Jadi masa promosi ini harus cuba dan hadiahkan kepada anak-anak anda.
31/01/2025
Gambar ni diambil 9 Oktober 2024. Saya hantar dia di SK Subang Jaya untuk ambil PKSK.
Mula-mula rasa nak upload dalam FB. Tapi tak jadi sebab teringat kisah yang melanda kakaknya Nuha yang ambil PKSK setahun sebelumnya. 🤣
Sebenarnya, Bouchra ni tak ada hati pun nak masuk asrama. Dia tegas kata nak belajar di sekolah harian.
Dia kata kalau kakak ada cita-cita masuk asrama, tak semestinya dia perlu ada cita-cita yang sama.
Kita ikut je. It's ok.
Sampailah masa pertandingan STEM di Bali, team sekolah dia berjumpa team STEM dari TKC pada awal Mei 2024.
Sebab booth diorang depan dengan booth sekolah.
Bila berborak-borak dengan kakak-kakak TKC tu, mula dia rasa macam nak masuk asrama.
Still, tak lah serius sangat. Kiranya 50-50.
Bila permohonan SBP buka bulan Ogos, mohon macam biasa. Dia masih 50-50. Kejap nak SBP, kejap tak nak SBP.
Masa bulan 9, kakaknya Nuha balik dari Sarawak.
Dia dengan kakaknya s**a berborak sesama mereka.
Tak taulah apa kisah yang diceritakan oleh Nuha, Bouchra tiba-tiba jadi betul-betul nak masuk SBP.
Full swing preparation. Cover semua topik darjah 4 sampai 6.
Buku teks BM selak dari A to Z. Salin buku teks buat nota dari awal sampai habis.
Buat karangan BM. Matematik pulun berpuluh soalan tiap hari. Setimbun buku latihan dekat rumah. 🤣
Masa nak PKSK memang tawakal. Minta family, cikgu, ustazah doakan dia. Kakak Nuha pun kirim doa dari kejauhan.
Dan tengah malam tadi, saya, Bouchra dan Nuha berjaga. Nak cek keputusan SBP.
Alhamdulillah. Syukur banyak-banyak.
Allah rezekikan Bouchra ikut jejak langkah kakaknya ke SBP. Cuma lokasi berbeza.
Kalau Nuha makan laksa sarawak, Bouchra makan gulai tempoyak 🤣
Terima kasih buat semua yang bimbing dan bagi sokongan buat Bouchra selama ni.
Nenek, uwan, aki. Makcik-pakcik. Cikgu-cikgu sekolah pagi. Ustaz ustazah sekolah petang. PIBG kedua-dua sekolah. Masjid Al Falah. Makcik guard sekolah. Dan ramai lagi.
03/12/2024
PATUT SEJAM TAPI JADI TIGA JAM
Semalam bebudak ni datang rumah belajar matematik. Persediaan terakhir sebelum UASA.
Biasanya, sesi belajar hanya sejam je. Tapi kali ni tapau sampai tiga jam terus. Tak berhenti buat latih tubi soalan.
Mujur bebudak ni komited bertahan 3 jam belajar matematik. Tak cepat berasap kepala. 🤣
Lagipun, entah macam mana, bebudak ni excited terlebih p**a jawab matematik kali ni.
Bila dapat jawab soalan, terjerit terlompat. Bila buat careless mistake, terlentang atas lantai. 😂
Macam-macam perangai. Layan kan je. Asalkan bebudak belajar dan faham.
Sempatlah jamu mereka makan nasi dan pisang goreng.
Semalam saya masak lauk gulai lemak pucuk ubi. Terkejut tengok bebudak berselera makan.
Sebab ingatkan bebudak sekarang tak pandai makan sayur kampung.
Alhamdulillah. Nak bantuan anak faham matematik sekolah rendah, jom kita sembang tepi ya.
̇k
08/07/2024
Tak terbayangkan pun sebelum ni.
Masa anak-anak ni mula libatkan dalam projek STEM, tak letak tinggi pun sasaran.
Yalah, pertama kali mereka masuk. Dah darjah 6 baru nak buat projek.
Jadi, memang tak letak sasaran tinggi. Dapat kutip markah PAJSK pun jadilah.
Walaupun begitu, bebudak ni masih tetap kena press untuk all out buat terbaik. Yalah, dah alang-alang bertanding kan.
Syukur, alhamdulillah. Dengan izin Allah jua, tak sangka projek ni dah bawa mereka ke pelbagai tempat.
Dan hari ni, jadi tetamu Selamat Pagi Malaysia p**a.
Kalau 3 bulan lalu ada ahli pas**an yang malu-malu nak buat presentation. Sekarang masing-masing bercakap dalam TV. 🤣🤣🤣
Terima kasih RTM atas peluang ni.
Semoga pengalaman ni jadi bekalan berharga dan memori manis buat diri masing-masing.
31/05/2024
Masih sempat join contest You Buy We Pay. Syaratnya mudah aje..Beli tak kisah berapa barang sekalipun dan layak auto sertai contest yang mana setiap orang berpeluang untuk shopping bertuah grand prize Rm 8,888.
Siapa nak bagi tuh!
Ada kawan-kawan Fb nak join jugak?
Meh masih sempat lagi ni. Hari ni last day.
Berangan sat la kot dapat menang hadiah anniversary dengan Grand Prize ni kan. Amin.
09/05/2024
Sekuat mana pun orang perlekeh kita, ianya tetap akan lemah bila kita jauh lebih kuat percaya pada diri untuk mencapai impian.
Salam semua.
06/05/2024
If you can reach the moon, why stop at the top of the mountain.
Why stop on the moon, if you can reach the stars.
Salam semua.
06/05/2024
Dulu, saya makan malam berdua di sini bersama suami.
Kini giliran Bouchra p**a. Menikmati panorama matahari terbenam di pantai Jimbaran. Subhanallah.
Kedua-duanya setting sama. Petang terakhir di tanah Bali.
Cuma dulu, lepas saya balik dari Bali, saya terima berita sedih.
Kandungan saya ada komplikasi. Beberapa minggu kemudian, saya disahkan keguguran.
Kandungan ketika itu sudah lebih dua bulan.
Memang sedih sangat, tak terkata. Lebih-lebih lagi, mengandung kali pertama selepas setahun kahwin.
Macam-macam timbul dalam fikiran bila impian nak bergelar ibu tak menjadi kenyataan.
Mulalah dalam hati syaitan nak berbisik berkal-kali, "kalaulah kau tak pergi ...., mungkin kandungan kau tak gugur." Isilah tempat kosong tu sendiri. Huhuhu.
14 tahun dah berlalu. Dan saya kembali ke Bali atas asbab anak, Bouchra (dan rakannya) layak ke pusingan akhir.
Cantik aturan perjalanan Allah.
Rupanya Dia nak saya tengok dengan mata sendiri akan anak menuai pengalaman sangat berharga sepanjang bertanding di sini.
Alhamdulillah.
Buat ibu-ibu yang keguguran, bersabar.
InsyaAllah, Dia pasti akan gantikan kehilangan tu dengan sesuatu yang jauh berganda-ganda lebih baik. Sesuatu yang kita tak terfikirkan pada kita diuji ketika itu.
Selamat Hari Ibu in advance.
06/05/2024
"Dah sampai peringkat macam ni, korang jangan asyik nak berkepit bertiga je."
"Dahlah jauh datang. Rugi. Mingles around, kenal-kenal dengan orang lain."
Balik-balik bebudak ni kena basuh dengan pesanan ni.
Alhamdulillah. Mujur tahu ikut.
Dari budak sekolah rendah sampai ke universiti diorang belasah bercampur. 🤣🤣🤣
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
USJ
Subang Jaya
47630