Sihat Secara Alami

Sihat Secara Alami

Share

Isepress meningkatkan kekuatan sistem imun,mencegah pembiakan virus & lebihan asid dalam badan,

Aura adalah perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib). Ia berperanan melindungi tubuh manusia dari getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia. Juga dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kepada kesan sinar infrared yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. KEsempurnaan aura akan mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.

02/09/2020

iSEPRESS bukan sekadar sumber penakis atau merawat penyakit tetapi ia juga sebagai supplement lengkap untuk mengekalkan tahap kesihatan kerana mengandungi Air Zam-zam, Ekstrak Amber (Getah Cypress), Ekstrak Daun Pine Cypress, Ekstrak Kristal Hunza, Saffron, Gam Arabik Al-Manna.

KELEBIHAN iSEPRESS
🤗 Merawat kencing manis
🤗 Merawat darah tinggi
🤗 Melancarkan peredaran darah
🤗 Menurunkan kadar kolestrol
🤗 Merawat penyakit buah pinggang
🤗 Meningkatkan oksigen dalam darah
🤗 Melancarkan sistem limfa
🤗 Memberi kesegaran pada urat-urat
🤗 Menghancurkan batu karang
🤗 Melegakan sakit kepala dan migrain
🤗 Meningkatkan fungsi hati
🤗 Menuetralkan segala asid dan kimia berbahaya yang terdapat dalam minuman
🤗 Melancarkan metabolisme tubuh
🤗 Menguatkan rahim ibu mengandung
🤗 Antitoksid
🤗 Membunuh sel kanser
🤗dll.

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

CARA MENGGUNA iSEPRESS

1. Mulakan dengan Niat yang betul
2. Istighfar (3X)
3. Al-Fatihah (1X)
4. Selawat ke atas Nabi Rasulullah SAW (3X)
5. Berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakit
6. Kacau mengikut LAWAN ARAH JAM (7X)
7. Gunakan sudu plastik.

Photos 27/02/2016

Beza antara aura yang sempurna dengan aura yang rosak.

Yang mana satukah aura diri kita?

22/02/2016

Apa Itu Aura?

Apabila memperkatakan mengenai aura, ramai membayangkan ia berkaitan kuasa magis atau tradisional kerana tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Malah ada juga yang kurang mempercayainya apatah lagi pada zaman moden ini.

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Manfaat & Kepentingan Menjaga Aura

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagaan, pemasaran dll.

Kepentingan aura kepada tubuh manusia ibarat lapisan ozon kepada bumi. Jika ozon berfungsi sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan daripada sinaran ultraungu seterusnya terdedah kepada penyakit, konsep ini sama seperti aura iaitu satu gelombang elektromagnetik atau jaluran tenaga yang mengelilingi tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan daripada pencemaran alam sekitar. Lapisan aura mempunyai kesan terhadap keseimbangan spiritual, mental, emosi dan fizikal manusia.

Kita selalu mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.

Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Menurut Pn Hjh Arina Abbas, Moderator Evolusi Minda, terdapat beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Seperti yang telah dikongsikan di atas tadi, medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula dihujung tulang sulbi.

Tips yang pertama yang perlu kita ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Tulang sulbi p**a menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong dalam kump**an yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.

Sekiranya tekanan dalam kehidupan tidak dibendung, ia akan membawa pelbagai krisis seperti kurang yakin, hilang harapan, sering menyalahkan keadaan serta masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok dan trauma.

Oleh kerana itulah setiap manusia dianjurkan untukmempertebal auranya agar hati dan fikiran selalu dalam keadaan bersih dan jernih, jadi dalam mengambil segala keputusan selalulah mempertimbangkan sesuatu keadaan dengan matang dan mantap. Ada berbagai macam cara untuk mempertebal aura anda, antaranya dengan latihan ilmu hikmah iaitu zikir, pernafasan, dll.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Aura Manusia

Aura merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia, aura merupakan cahaya energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia. Pada dasarnya setiap anak manusia yang dilahirkan memiliki kadar aura yang sama, akan tetapi pada saat proses manusia menjalani kehidupan dan bertambahnya usia manusia setiap manusia jadi memiliki kadar aura yang berlainan.

Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor diantaranya faktor lingkungan, keluarga, masyarakat, tingkat keimanan seseorang kepada agamanya masing-masing,dll.

Keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tenaga yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan biasanya dikaitkan dengan pemakanan seperti pengambilan makanan segera atau diproses serta gaya hidup yang tidak sihat.

Selain itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai penenang jiwa bagi mengurangkan tekanan.

Namun ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.

Arus pemodenan dengan penghasilan alat elektronik yang menghasilkan gelombang EMF atau elektromagnetik menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan.

Di dalam tubuh manusia terdapat jutaan sel yang terdiri daripada juzuk tenaga dan kelihatan dalam bentuk cahaya. Apabila manusia berinteraksi dengan peralatan elektronik ini, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan tenaga yang menyebabkan aura negatif dan positif tidak seimbang. Kesannya individu menjadi tertekan, kurang daya ketahanan badan, mengantuk dan sentiasa berfikiran negatif.

Kajian Oleh Golongan Barat

Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.

Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah p**a dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.

Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.

Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.

Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.

Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan p**a membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya. Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang.

Aura Wujud Dalam Islam?

Adakah aura ini wujud dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada dalam Islam dan dikenali sebagai NUR.

Apakah itu Nur?

Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan. Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.

Hasil Kajian Tentang Aura & Ajaran Islam

Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.

Persekitaran

Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.

Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.

Dalam Islam p**a sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyaki3

Dalam perihal alam semulajadi p**a, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah S.A.W. “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” Hadis riwayat Muslim.

Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.

Nutrisi dan Pemakanan

Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.

Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa, dan organ dalaman.

Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.

Senaman

Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.

Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat lima (5) waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telah pun melakukan senaman paling asas lima (5) kali sehari.

Selain itu kedapatan perkara lain dalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.

Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.

Tafakur

Tafakur atau dalam bahasa Inggeris ‘meditation’ ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulen.

Tafakur bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan dalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf dalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.

Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku di sekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.

Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan di dalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.

Tidur

Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.

Dalam surah an-Naba’ ayat ke-9, Allah berfirman yang bermaksud, “Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat”. Selain itu dalam surah al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam.

Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.

Hubungan Kemanusiaan

Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.

Perkara ini telah banyak dibincangkan dalam konsep muamalat dalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.

Jom Fikirkan!

Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telah pun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.

Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral di sebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada dalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.

Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.

Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberangsangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.

Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada dalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telah pun mereka temui.

Photos from Sihat Secara Alami's post 15/02/2016

Adakah anda menghadapi banyak halangan dalam kerjaya/perniagaan anda?

Adakah halangan itu berpunca dari kesilapan anda?

Sebenarnya TIDAK, ia berpunca dari suatu getaran yang anda tidak sedar akan kewujudannya di persekitaran anda. Ia bukanlah takdir atau kebetulan semata-mata.

Tetapi kehadiran getaran ini memang realiti dan wujud.

Minyak AuraRich 769 membantu menyempurnakan getaran tersebut dan akan menarik energi-energi positif di sekeliling anda.

27/01/2016

Testimoni:

Assalam.jemaah smua..
sy nak share 1kisah benar.bru sahaja terjadi pagi tadi.hari isnin lepas saya kehilangn wallet.dlm wallet tu berisi sejumlah wang(ratus2 juga)..ic saya dan anak2(3org)..lesen memandu..kad2 bank..medical crd dan kad nikah.smuanya bnda yg sgt penting dan berhrga😭😭😭..

dipendekkan cerita..pd mlm tsebut sy pun sdar yg wallet saya mmg xde dlm beg.geledah 1rumah tp xjupe.geledah kereta..tgk bawah seat siap angkat lapik2 bwh kerusi tp mmg xjupe.suami..adik ipar suma tlg cri.esoknya suami siap pg jupe mkck cleaner di tmpat terakhir sy buat transaksi di cimb dengkil pd ptg isnin..tp hampa.

pagi tadi..sy tergerak hati nak cuba mndian garam aura sekali lagi.ikutkn saya nak mula smula minggu dpn 1hb feb.tp mengenangkn yg sy sndiri dlm kesukaran..sy nekad utk guna smula.ni botol yg kedua sy guna.botol garam ptma saya guna dgn niat utk dimurahkn rezeki.alhmdlh..mmg melimpah ruah rezeki saya
buln ni.(dgn izin Allah jua)

setelah mandi mengikut aturan yg ditetapkn..sy niat bsungguh2 supaya Allah beri ptunjuk dan mudahkn urusan saya.

jam 10pgi td dpt wasup adik ipar..wallet yg saya cri2 tu dia jupe kat bawah seat kereta😱😱😱😭😭😭😭

tempat yg berkali2 saya da cri sblm ni..Allahuakbar.saya trus sujud syukur.rasa mcm dlm mimpi😭😭😭

,===============
Dapatkan set mandian Aura Rezeki anda hari ini.
PM/Whatsapp "Aura" ke 019-6600 318

14/01/2016

AsSalamuAlaikum.. 💂🏼

Khas buat Sahabat2 sekalian..

TausiahDariSeberang@SANG TELADAN ITU
SI PENJUAL KORAN
==================

Pagi itu penjaja koran (Surat khabar) berteduh di emperan toko. Sejak subuh hujan turun cukup deras, yg membuatnya tidak bisa menjajakan korannya.

Terbayang di benakku, tidak ada satu sen pun uang yang akan ia peroleh kalau hari terus hujan. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak tampak sedikitpun di wajah Penjual Koran Sang Teladan.

Hujan masih terus turun. Si penjaja koran pun tetap duduk di emperan toko sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari kejauhan, lembar demi lembar ia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang ia baca. Namun saat kudekati, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan korannya, Mas" ...
- “Alhamdulillah, sudah satu yang terjual.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah ada rizkinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai sore?”
- “Itu artinya rizki saya bukan jualan koran, tapi banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Kata Rasulullah SAW, saat hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Punya kesempatan berdoa, juga rizki namanya.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat uang?”
- "Berarti, rizki saya bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg dimakan"? .....
- “Berarti rizki saya berpuasa"
+ “Kenapa Mas bisa berpikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rizki. Apa saja rizki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan koran, meskipun tidak laku, dan harus puasa, tapi saya blm pernah kelaparan" - katanya mantap dan ihlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjaja koran bersiap-siap untuk berjualan. Ia pamit sambil memasukkan Al-Quran ke dalam tas gendongnya..

Aku termenung... tanpa kusadari air mataku mula mengalir. Aku malu dgn diri sendiri setelah menyimak kalimat tausiah yang diucapkan seorang penjual koran..

Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khawatir tidak dapat uang, ... khawatir rumahku terendam banjir,... khawatir tdk dpt hadir di undangan... khawatir tidak bisa bertemu kawan...

Kembali baru kusadari, rizki bukan semata uang. Bisa bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah kesalehan sosial lain apapun itu, adalah juga rizki dari Allah SWT..

Sahabat ...
Rizki hidayah dan bisa bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan uang. Dari apapun juga...

MaSyaaAllah...
Subhaanallah...
Allahu Akbar...

Photos 16/12/2015

Salam..sedikit perkongsian mengenai teknik switch 😊

Harap membantu..

C.R.A.F.T.
Cancel . Replace . Affirmation . Focus . Train .

Masih ingat ketika Dr Azizan Sebut perkatan SWITCH! Masa tu semua menjerit ARGHHHHHHH!

Ada yg naik atas kerusi, ada yg berdiri di atas lantai, ada yg menari2, ada yg dapat Energy Booster! Tapi ada juga yang blur menjerit tapi tak tahu nak buat apa..(Saya lah tu) ehehe..

Saya nak kongsikan serba sedikit mengenai teknik CRAFT yg saya belajar daripada pakar NLP dari Indonesia, Pak Indra Wiguna :)

Teknik CRAFT adalah satu teknik memprogramkan diri kita atau dalam bahasa mudah menghipnosis minda separa sedar kita daripada Negatif menjadi Super Positif!
Ok mari kita mula.. 8-)

1) C – Cancel
Cancel adalah perlakuan dimana anda membatalkan perkara negatif yg anda sebut. Contoh, Malas la..Penat la..Nanti pun boleh buat..boleh ke aku jadi kaya..kalau die tak nak beli macammana?..kalau sip**an tak boleh buat, aku lagi la.. Bila anda terlintas je perkara ini cepat2 cakap Cancel! @ Batal! @ Switch! Ya.. Yg Dr azizan sebut switch! Tu baru first step. Supaya kita biasa. Bila dalam kehidupan seharian, apabila terlintas sahaja benda negatif cepat2 anda Switch!. Anda batalkan apa yg anda fikir tadi Kemudian anda susuli dengan Replace.

2) R – Replace
Gantikan benda negatif tersebut dengan kesan positif yg anda bakal terima. Contoh,Malas la nak buat sekarang..Petang nanti boleh buat.. switch! Kalau aku buat sekarang petang aku ada masa terluang..boleh buat benda lain yg lg best!.. :)

3) A – Affirmation
Sentiasa buat Afirmasi pada diri. Sekirannya perlu tampal di dinding tampal sahaja. Contoh, Anda nak beli kereta BMW. Ambil gambar BMW tampal di dinding, tengok hari2. Pandang cermin katakan pada diri aku mampu dapat BMW! Aku mampu cari jalan untuk dapatkan BMW! Sebutkan berkali2 sampai minda anda yakin anda mampu dapat BMW.

4) F – Focus
Focus ketika melakukan Afirmasi. Ketika anda katakan yg anda mampu dapat BMW anda perlu bayangkan yg anda telah dapat BMW tersebut. Anda drive BMW tersebut hari2. Anda bawa keluarga anda ke tempat menarik dengan BMW tersebut, Anda jumpa Client dengan BMW tersebut! Rasakan dalam diri...

5) T – Train
Teori dah ada, Cuma tindakan sahaja yg diperlukan. Buat dan latih setiap hari. Sekurang2nya straight 21 hari. Jangan tanya kenapa 21 hari, Itu yg guru saya cakap..hehe

Photos 12/12/2015

Petua Untuk Mematahkan Sihir

Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Subang Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Subang Jaya