MUMMY Legacy
Skincare & Beauty Products
Jadikan bisnes kita asbab nak bantu lebih ramai orang.
Mulakan dengan sedikit lama lama jadi bukit.
Jom jihad bisnes 💪🏻
Orang yang menang adalah orang yang berusaha. Orang yang kalah adalah orang yang cepat putus asa.
Kalau kita hidup tanpa cabaran, kita akan hanya buat kerja ala kadar jer dan kita akan buat sesuatu perkara dengan tindakan yang lemau.
05/12/2020
TIPS PENJAGAAN MUKA YANG WANITA WAJIB TAHU
Setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik, bersih, cerah, flawless, berseri tanpa sebarang cela. Namun tak semua mampu untuk membeli produk kecantikan yang mahal seperti artis-artis dan selebriti.
Yang sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Resepinya ialah kerajinan. Anda amalkan tips penjagaan muka yang bakal kami kongsikan, dalam masa 14 hari anda pasti nampak perbezaannya.
1) CUCI MUKA SEKURANG-KURANGNYA 2 KALI SEHARI
Mencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar basuh dengan air macam P. Ramlee.
2) PENYEGAR /TONER
Selepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka?
Liang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.
Selain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal diwajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.
Sekarang anda dah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.
Cara menggunakan toner dengan betul
Ada dua cara untuk menggunakan toner:
1. Spray toner ke wajah, dan ratakan dengan hujung jari.
2. Spray toner ke wajah, gunakan cotton ball untuk meratakan toner di wajah. Cara ini adalah favourite kami kerana dengan menggunakan cotton ball, segala kotoran yang masih tertinggal di wajah akan melekat pada cotton ball. Jika cotton ball menjadi kotor, gunakan cotton ball yang baru. Ulang sehingga cotton ball menjadi betul-betul bersih.
3) SERUM ATAU ESSENCE
Selepas toner, anda boleh sapukan serum atau essence ke wajah. Serum dan essence membantu memberikan anda wajah yang cantik berseri. Jika anda berumur 25 tahun ke atas, pilih serum atau essence yang mempunyai fungsi anti penuaan.
4) PELEMBAP
Pelembab adalah sangat penting jika anda inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.
Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.
5) PELINDUNG UV
Tak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung uv adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.
Oleh itu, pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.
Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya
Terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan iaanya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.
Tiada gunanya kalau kulit anda flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka anda rosak apabila berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman anda rosak atau kandungan anda gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke wajah.
MINUM 8 GELAS AIR KOSONG
Nak cantik? Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.Pengambilan air kosong yang secukupnya akan memastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak kering. Ingat tau, kulit kering akan lebih cepat berkedut.
Tidur yang mencukupi
Perasan tak? Kalau anda kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam, dan tak bermaya. Beauty sleep sememangnya sangat penting jika anda inginkan kulit muka yang cantik, berseri, dan sihat.
Selamat pagi semua!
Jauhkan diri kita dari alasan sebab itu akan menyebabkan kita lambat sampai ke matlamat
Assalamualaikum, selamat petang kesayangan ❤️
Semoga kita dilindungi dari wabak2 penyakit berjangkit & dimurahkan rezeki yg melimpah ruah.. aminn
Ya Allah, berikanlah kami kesihatan Dan kekuatan untuk kami terus beribadah kepadaMu Dan engkau peliharalah kami daripada musibah.
Engkau permudahkanlah segala urusan kami untuk terus berjaya Dan berikanlah keberkatan dalam hidup kami.Amin YaRabbalalamin..
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi🌸
Kunci Rezeki Melimpah serta Jaminan hidup di dunia dan akhirat adalah SEDEKAH.
Orang yang bersedekah NESCAYA Allah SWT akan meluaskan pintu rezekinya di dunia mahupun di akhirat dan didatangkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
Mulakan setiap pagi dengan sedekah subuh, boleh boleh.
6 Kebaikan Utama Dalam 1 botol Noir Skin Refining Essence
Hi , ada yang masih belum berkesempatan untuk dapatkan Noir Skin Refining Essence? Dapatkan segera ya sebab terlalu banyak manfaat dan kebaikan yang anda bakal dapat. Ini 6 kebaikan utama yang terkandung di dalam 1 botol Noir Skin Refining Essence:
1) Mengawal kulit berminyak
2) Membaikpulih tekstur kulit
3) Memberi kesan glowing pada kulit
4) Mengecilkan liang pori
5) Menganjalkan kulit
6) Mengembalikan keremajaan kulit
Jadi, yang belum dapatkan Noir Skin Refining Essence, jom la jadi cantik macam pengguna-pengguna Noir yang lain. Dapatkan sekarang dengan ejen/stokis Noir yang hebat berdekatan kawasan anda.
Harga: RM89
Isipadu: 30ML
Ingat NOIR, Ingat Madammu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Sungai Petani
08000