OLIVE TIN HQ UTARA

OLIVE TIN HQ UTARA

Share

Minuman tambahan untuk kekalkan kesihatan.

13/02/2024

Syukur kerana Allah masih beri peluang pada kita semua..

Syukur Allah kurniakan insan yang menjadi penguat untuk diri kita..

Syukur Allah bagi peluang untuk kita bersaudara..

Maafkan saya jika ada tersilap kata.. Saya minta maaf ye.. Jom kita bersihkan jiwa kita dengan memaafkan orang sebelum tidur.. 😊

Selamat Malam

13/02/2024

🧡"MOTIVASI KEHIDUPAN"💚

Jangan pernah lelah untuk memperbaiki diri walaupun semua orang mentertawakan masa lalumu

Terkadang penyemangat hidup bukan dari kata-kata motivasi

Tapi....

Dari hinaan cacian dan perilaku buruk
Seseorang yang pernah kita rasakan diwaktu Silam...

SELAMAT PAGI SEMUA😊

02/02/2024

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua...

DOA MURAH REZEKI MELIMPAH RUAH

‎بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

‎ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ‌ ۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ .

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki"...Aamiin3 Ya Rabbal Alamin 🤲
Surah Al-Maidah :ayat 114

01/02/2024

Saudara ….

mengingati kematian, hati kita akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan. Hidup dalam sesebuah keluarga dengan penuh kasih sayang , hormat menghormati dan saling kasih mengasihi kerana Allah. Kita akan rajin berbuat kebaikan kerana Allah s**a kepada hambaNya yang berbuat kebaikan dan bantu membantu sesama hamba Allah.

Dengan mengingati kematian, kita akan segera meninggalkan segala Kemungkaran, kerana yakin segala kemungkaran yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di dunia atau akhirat nanti….

Dengan mengingati kematian, akan menyebabkan kita akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan…. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut…

Maafkan kita semua pendosa yang inginkan kasih sayang dan Rahman Allah SWT.

Selamat Malam🤍

🍀🍀🍀🍀

30/01/2024

Bersangkalah apa yang berlaku sebagai satu bentuk rahmat dan ujian yang diturunkan.

Masa lalu adalah perkara yang lepas. Berdamailah dengan takdir.

Bergerak maju ke hadapan walaupun selangkah. Kerana kita masih boleh memilih laluan kehidupan kita.

Hidup adalah giliran.
Kita hanya doa agar diberikan kesabaran supaya tidak keluar dari barisan menunggu.
Assalamualaikum selamat pagi😃

29/01/2024

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🌻

Setiap usaha,setiap ikhtiar dan setiap ujian pasti Ada ganjaran dari Allah SWT..

Semoga pagi ini pagi yang ceria buat semua.
Teruskan usaha dan bersemangat 💪🏻
Semoga urusan kalian dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT

26/01/2024

Assalamualaikum dan Salam Jumaat ✨

Hari Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari.
Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunnah di hari Jumaat.
Antara amalan sunnah di hari Jumaat adalah:-

✨ Mandi
✨ Memperbanyakkan doa
✨ Memperbanyakkan selawat
✨ Memotong kuku
✨ Memakai wangian&pakaian yang bersih
✨ Membaca Surah Al-Kahfi

Semoga Jumaat kita diberkati dan dirahmati Allah SWT 🤲🏻.

25/01/2024

KHASIAT GUM ARABIC (AL-MANNA)

• Gum Arabic (GA) atau Al-Manna di dalam bahasa arab adalah getah yang keluar dari pokok Acacia senegal (Hashab) atau Acacia seyal (Talha). Ianya tumbuh subur di Afrika Utara.
• The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

• Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture (FAO) & World Health Organisation (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

TAHUKAH ANDA GUM ARABIC ADALAH MAKANAN YANG BAIK BAGI :

1. Prebiotik semulajadi. Mengikut kajian saintifik, Gum Arabic mengandungi lebih 100 peratus prebiotik. Ia mengandungi fiber terlarut (solid fiber). Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria bahaya.

2. Gum Arabic sebagai bahan makanan tanpa s**atan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada penyakit manusia.

3. Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium. Ia mengandungi kalsium yang tertinggi di dunia.

24/01/2024

Syaitan akan membisikkan 2 Harapan:

1. HARAPAN YANG TERLALU TINGGI - Agar jika manusia terlalu berharap dan bergantung sepenuhnya lalu tidak menjadi, manusia akan kecewa sekecewanya kerana perjalanannya tidak dilapangkan.

2. TIADA HARAPAN. Padahal kita ada tempat bergantung harap, iaitu pada Allah SWT.

Jadi, Usaha, Doa dan Bergantung Harap Pada Allah SWT.

Allahua'lam

Semoga Allah SWT lancarkan 'Rezeki & Ikhtiar' semua orang. Dipermudahkan segala urusan. Amin Allahuma Amin...

Assalamualaikum dan selamat pagi 😃

23/01/2024

Assalamualaikum selamat pagi semua!✨

Jom bajai kesihatan dengan amalan minuman sunnah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW semoga kesihatan kita kekal berpanjangan.

P/s: Jangan lupa hari ini Tepat 9:30pagi bersamaan 23 Januari 2024 SIARAN LANGSUNG LIVE, *Cabutan Bertuah Tahunan* oleh USTAZ ELIAS sendiri, di PAGE FACEBOOK OFFICIAL EMZI HOLDING SDN BHD👍🏻

Tekan LIKE & FOLLOW link dan Turn On notification untuk join live Cabutan Bertuah EMZI HOLDING.

👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100063669616357&mibextid=ZbWKwL

Hari ini Kedai beroperasi seperti biasa😊

19/01/2024

🛑 PENGAJIAN DHUHA

Assalamualaikum wbt.

sekejap saja masa berlalu,hari ini dah masuk 7 rejab 1445 Hijah..jangan tinggal doa ni tau

_“Ya Allah, Berkatilah kami di bulan Rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”_

p/s : jangan lupa menyaksikan FB LIVE kami terus dari EMZI Convention Hall. Bersama Uztaz Abdul Hadi Johari, hari ini jam 9:30pagi dengan kupasan tajuk kuliah dhuha *“ASAS ILMU FEKAH”*

https://www.facebook.com/profile.php?id=100063669616357&mibextid=ZbWKwL

18/01/2024

Assalamualaikum & selamat pagi🌹

Bila Kita Terlepas Satu Rezeki, Janganlah Sedih. Itu Bermakna Allah Hendak Bagi Rezeki Yang Lebih Baik Untuk Kita.

Percayalah, Hidup dan Rezeki kita sudah ditentukan Allah. Kita usaha lebih, kita dapat lebih. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Aku dapat rezeki hari ini asbab jual Olive tin kerana Allah taala...🤲
Aku sihat asbab minum Olive tin kerana Allah taala..🤲🏻

Salah satu manfaat pada orang lain adalah kita jadi asbabnya dgn izin Allah.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Sungai Petani?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Menara SP Plaza
Sungai Petani
08000