Sacha Inchi - Personal Care Supplements
ALFA PRO - Jenama yang tidak asing lagi bagi produk SACHA INCHI OIL. HALAL dan 100% NATURAL ORGANIK tanpa campuran bahan kimia.
SACHA INCHI - Raja Omega yang dipercayai dapat membantu kesihatan ramai penggunanya.
22/06/2022
SAYANGI KESIHATAN & KELUARGA...
20/06/2022
Khasiat Sacha Inchi Oil & Manfaatnya Yang Anda Perlu Tahu
Khasiat Sacha Inchi Oil ini memang tidak dapat dipertikai lagi kerana ia sendiri telah dipilih sebagai minyak terbaik sejak dari tahun 2016 untuk minyak yang berasaskan tumbuhan.
Ia mempunyai nama saintifik plukenetia volubilis. Sacha Inchi merupakan salah satu tumbuhan yang banyak dijumpai di kawasan berikut:
> Amerika Selatan
> Di kawasan Caribbean
Menariknya mengenai Sacha Inchi ini adalah, buahnya jarang dimakan oleh penduduk tempatan. Apa yang menjadi perhatian dan sangat bernilai pada Sacha Inchi ini adalah bahagian biji dan juga daunnya.
Bagi masyarakat setempat, mereka tahu khasiat Sacha Inchi Oil yang ada pada bijinya. Jadi, mereka memilih untuk memanggangnya terlebih dahulu sebelum ia dimakan sebagai salah satu makanan berkhasiat.
Sacha Inchi Oil juga diekstrak daripada bijinya. Kegunaannya p**a adalah dalam masakan bagi masyarakat setempat namun ia kini turut meluas ke seluruh dunia. Selain itu, ia juga digunakan didalam produk kecantikan kulit.
Daunnya p**a biasanya akan dikeringkan terlebih dahulu. Ia kemudian akan dibancuh untuk diminum sama seperti anda minum teh herba disebab oleh khasiat Sacha Inchi Oil ini.
Khasiat & Sacha Inchi Oil :
> Sumber Omega-3 dan Omega-6 & 9 dalam nisbah sempurna
> mengandungi sebanyak 17 kali lebih banyak Omega-3 daripada
ikan salmon liar
> Mengandungi DHA yang boleh meningkatkan fungsi otak
> Minyak yang baik “Memetabolisme” minyak yang buruk
> Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan jantung
> Melindungi dan memupukkan pertumbuhan kulit yang sihat
> Meningkatkan emosi positif
> Mengawal proses biologi
> Memerangi keradangan
> Meningkatkan sistem imun
Kebaikan Sacha Inchi Oil :
> Mengawal kadar kolestrol dalam badan
> Mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan jantung
> Membantu untuk mengawal kadar gula dalam darah
> Membantu untuk mengawal tekanan darah di dalam badan
> Mengurangkan berat dan lemak badan
> Menghilangkan masalah sakit sendi
> Membantu buah pinggang untuk berfungsi secara optimum
> Melawaskan proses membuang air besar
https://alfapro4u.onpay.my/
20/06/2022
Kelebihan Sacha Inchi Oil ALFA PRO
Sekarang ini banyak juga suplemen kesihatan telah dikeluarkan yang berasaskan daripada Sacha Inchi Oil. Salah satunya adalah Keluaran ALFA PRO MALAYSIA dimana ia akan membantu:
> Mengawal kadar kolestrol dalam badan
> Mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan jantung
> Membantu untuk mengawal kadar gula dalam darah
> Membantu untuk mengawal tekanan darah di dalam badan
> Mengurangkan berat dan lemak badan
> Menghilangkan masalah sakit sendi
> Membantu buah pinggang untuk berfungsi secara optimum
> Melawaskan proses membuang air besar
[Sacha Inchi Oil ALFA PRO] anda boleh mendapatkannya tanpa kerisauan kerana ia:
> Menggunakan teknologi penekanan sejuk untuk mengekstrak
nutrien semula jadi minyak tersebut tanpa bahan tambahan bagi
memastikan ia 100% suci
> Sesuai juga vegetarian kerana ia menggunakan softgel yang
diperbuat daripada ubi kayu
> Menggantikan minyak ikan yang sekarang ini banyak dicemari
merkuri
Jangan risau, Kami terlebih dahulu memikirkan mengenai anda, mengenai kesihatan anda dan kesannya untuk anda. Kami tidak ingin menawarkan anda produk yang akan memberikan kesan yang buruk atau kesan sampingan pada tubuh badan anda.
Ditambah p**a dengan keadaan sekarang ini yang mempunyai lambakan produk Sacha Inchi, dengan masing-masing menawarkan khasiat Sacha Inchi Oil yang pelbagai, ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjual Sacha Inchi Oil tiruan.
Mudah sahaja untuk anda mengenal pasti samada ia merupakan produk asli atau produk tiruan. Caranya mudah sahaja iaitu:
> Simpan di dalam peti ais, Sacha Inchi Oil asli tidak akan beku
dengan mudah
> Jika ia merupakan produk tiruan, atau mempunyai campuran, ia
akan beku.
https://alfapro4u.onpay.my/
19/06/2022
[INFO]
Apakah Tanda Serangan Sakit Jantung? Ketahui Gejala Sebelum Terlambat!
Apakah Tanda Sakit Jantung?
Masalah ini adalah masalah yang semakin meruncing dalam kalangan penduduk Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah jika tanda-tanda sakit jantung merupakan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada masyarakat di Malaysia. Pelbagai persoalan yang diajukan termasuklah tanda-tanda sakit jantung tersumbat, tanda-tanda sakit jantung peringkat awal, tanda serangan sakit jantung ringan, tanda sakit jantung pada wanita,tanda jantung sihat dan sebagainya. Namun begitu, perkara yang perlu dititikberatkan dan paling membimbangkan adalah gejala serangan sakit jantung kerana ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kematian dan kegagalan fungsi jantung. Antaranya:
> Sakit dada
Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.
> Peluh berlebihan
Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.
> Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.
> Mual/loya
Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah
> Sesak nafas secara tiba-tiba
Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal
> Palpitasi
Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat
> Sakit epigastrik
Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.
Selain serangan sakit jantung, penyakit jantung atau kegagalan fungsi jantung juga perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan fungsi jantung yang semakin merudum. Simtom- simtom tersebut adalah:
- Badan mengalami keletihan yang melampau serta mempunyai
tenaga yang rendah.
- Kesukaran bernafas pada waktu malam ataupun sewaktu tidur
ketika baring.
- Jantung berdebar kencang atau perlahan
- Kaki bengkak air.
- Sakit dada apabila melakukan aktiviti berat.
Apakah Faktor-Faktor Risiko Sakit Jantung/ Punca Sakit Jantung?
Fakta penting yang perlu diketahui umum mengenai masalah jantung adalah faktor serta punca yang menyumbang kepada masalah tersebut. Lazimnya, faktor-faktor ini dibahagikan kepada faktor yang boleh diubah atau faktor yang tidak boleh diubah. Faktor yang boleh diubah bermaksud pesakit boleh mengamalkan gaya hidup sihat sehingga bebas daripada risiko penyakit jantung.
Faktor yang tidak boleh diubah:
>Jantina seperti lelaki
Golongan lelaki lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung kerana faktor ketiadaan perlindungan daripada hormon estrogen yang kebiasaannya tinggi pada kaum wanita. Hal ini kerana, hormon estrogen dipercayai boleh meningkatkan kandungan lipid baik, HDL dan mengurangkan lipid jahat, LDL pada darah.
>Usia
Golongan yang berumur lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung kerana jantung serta saluran darah semakin menggeras apabila usia meningkat
>Genetik
Jika terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit jantung pada usia yang muda, risiko penyakit jantung akan meningkat. Ahli keluarga seperti abang, adik atau ayah yang meninggal akibat serangan jantung seawal usia 55 tahun ke bawah atau kakak, adik perempuan, ibu yang meninggal disebabkan serangan jantung pada usia 65 tahun ke bawah juga lebih berisiko tinggi. Golongan ini perlu mempraktikkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan risiko penyakit tersebut.
Faktor yang boleh diubah:
>Merokok
Merokok mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan dan salur darah membengkak. Hal ini menyumbang kepada ruang salur darah yang semakin menyempit, plak rapuh yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan sebagainya
>Kurang melakukan aktiviti beriadah
Aktiviti riadah boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan bahan-bahan yang boleh menyebabkan darah membeku. Ia juga boleh meningkatkan lipid baik seperti HDL. Oleh itu, gaya hidup yang tidak aktif akan menyebabkan kekurangan kelebihan-kelebihan di atas yang mana boleh memelihara kesihatan jantung.
>Tekanan hidup/ Stres.
Sewaktu stres, hormon adrenalin dan kortisol akan dirembes serta mengakibatkan degupan jantung yang berlebihan dan menyumbang kepada ketegangan fungsi jantung. Selain itu, kehidupan yang tertekan juga menyebabkan seseorang memilih gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman alkohol secara berlebihan.
>Diet/Obesiti
Diet yang tinggi dengan lemak akan menyebabkan salur darah tersumbat serta meningkatkan risiko serangan jantung.
>Kencing Manis
Masalah kencing manis turut menyumbang kepada kewujudan plak yang rapuh serta mengakibatkan salur darah tersumbat.
Bagaimanakah Penyakit Jantung Didiagnos?
Terdapat pelbagai ujian yang akan dilakukan oleh doktor bagi mengetahui punca penyakit jantung anda. Ujian-ujian ini terdiri daripada ujian invasif atau sebaliknya dan kesesuaiannya bergantung kepada pesakit yang hadir. Antara ujian yang dilaksanakan adalah:
- Ujian tekanan darah
- Ujian kandungan gula dalam darah
- Ujian saringan kolestrol
- Ujian Elektrokardiogram
- Ujian darah secara umum
- Ujian imbasan ultrasound pada jantung (Ekokardiogram)
- Ujian imbasan pada saluran darah (Angiogram)
Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Pakar?
Jika anda mendapati bahawa anda memiliki gejala-gejala serangan sakit jantung seperti sakit dada, loya, sakit pada bahu kiri dan rahang bawah, jantung berdegup kencang atau perlahan dan sebagainya, anda disarankan untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan di hospital berkenaan. Anda perlu ke hospital secepat mungkin lebih-lebih lagi jika anda mempunyai risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. Walaupun anda mengalami gejala peluh secara berlebihan tanpa sakit dada, anda dinasihati untuk menghadirkan diri ke bahagian kecemasan.
Apakah Cara Mengatasi Sakit Jantung?
Benarlah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Bagi memiliki jantung sihat, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan.
Antaranya:
- Berhenti merokok
- Kurangkan minuman beralkohol
- Mengambil makanan yang sihat
- Bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang aktif
- Melakukan aktiviti yang mengurangkan tekanan emosi
- Mengambil ubat mengikut yang ditetapkan bagi mengawal
penyakit kronik seperti kencing manis
Cara merawat sakit jantung termasuklah mengamalkan langkah-langkah bagi mengatasi kondisi ini dan rawatan perubatan. Rawatan perubatan yang bersesuaian adalah berdasarkan jenis penyakit jantung yang dihadapi oleh pesakit. Sebagai contoh, ubat pencair darah seperti aspirin atau rawatan intervensi bagi jantung tersumbat (Percutaneous Coronary Intervention). Bagi masalah kegagalan fungsi jantung, ubat seperti diuretik, penghalang beta dan penghalang enzim ACE.
Perbezaan Tanda Sakit Jantung Pada Wanita Dan Lelaki:
Umum mengetahui bahawa wanita memiliki perlindungan daripada serangan jantung melalui hormon estrogen yang menjadi kelebihan kepada golongan ini. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada fakta kaum lelaki lebih mudah mendapat serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding wanita. Walaubagaimanapun, perlindungan daripada hormon ini tidak boleh melindungi kaum wanita secara total jika seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.
Kaum wanita dikatakan mengalami gejala seperti mual/loya, keletihan yang melampau, ketidakselesaan pada dada, ketidakhadaman dan perasaan seperti kecelakaan bakal berlaku. Gejala-gejala ini merupakan gejala yang tidak tipikal untuk berlaku sewaktu serangan jantung. Namun begitu, tiada syarat yang jelas seperti jantina tertentu boleh mempengaruhi gejala serangan jantung.
https://alfapro4u.onpay.my/
Apa kata Ebby Yus....
13/06/2022
Faedah mengamalkan SACHA INCHI OIL secara berterusan.
13/06/2022
Diantara kebaikan SACHA INCHI OIL
👉membantu semua jenis masalah kesihatan dari diet tak seimbang
👉suplement yang membantu penyerapan asid lemak
👉membantu masalah sakit sendi dan urat
👉membantu masalah pinggang
👉membantu masalah kebas anggota badan
👉membantu masalah immune system yang rendah
👉membantu masalah kencing manis
👉membantu mengawal darah tinggi
👉memberi tenaga pada badan
👉membantu masalah urat, gout
👉mengawal masalah jantung
👉membantu masalah migrain
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Sungai Petani