Control D - Rakan Diabetes Anda
Membantu pesakit kencing manis mengawal penyakit mereka dengan memberi maklumat berkaitan sambil mempromosikan alat kesihatan utk menjayakannya.
14/05/2018
Demam pilihanraya dah habis... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada Geng Che Det di atas kemenangan majoriti mudah di dalam PRU lepas.
Dan kini, bagi yang muslim kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan dimana semua muslimin dan muslimat yang cukup syarat wajib melaksanakan ibadah PUASA di bulan RAMADHAN.
Bagaimana p**a dengan pesakit Diabetes?...
Adakah mereka WAJIB berpuasa seperti orang lain2...
jawapan ringkas :(sila pm utk tahu lbih lanjut)
***TIDAK WAJIB/ HARUS/DILARANG merujuk kepada keadaan dan tahap kawalan kencing manis pesakit tersebut.***
kenyataan ini disokong oleh ahli2 perubatan, majlis fiqh antarabangsa dan majlis fatwa kebangsaan kerana terdapatnya RISIKO2 TERTENTU apabila pesakit kencing manis berpuasa.
Bagi orang melayu kita.... Kebanyakan (~>80%) pesakit kencing manis akan mengambil keputusan untuk berpuasa PENUH sepanjang bulan ramadhan almubarak ini.
BOLEH PUASA KE TAK NIE ?.....
Jawapannya BOLEH...namun demikian, BANYAK FAKTOR2 YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN untuk menjalani ibadah puasa ini.
antara faktor2nya adalah :
1. Tahap KAWALAN penyakit kencing manis tersebut. (terkawal/tidak terkawal)
2. Jenis UBAT-UBATAN yang diambil( ubat biji, ubat cucuk insulin).
3. Kewujudan sebarang KOMPLIKASI kencing manis ( mslh buah pinggang, mata, luka2 luaran,dan sbg).
4. Sejarah DIABETIC KETOACIDOSIS (DKA) atau koma dalam tempoh masa terdekat.
5. Kekerapan berlaku HYPOGLYCAEMIA atau gula terlalu rendah dalam tempoh sepanjang rawatan kencing manis.
6. Tahap PENGECAMAN tanda2 hypoglycaemia.
7. UMUR
8. Menghidap penyakit2 kronik yang lain( jantung, drh tinggi dan sbg)
9. Tinggal BERSENDIRIAN semasa di rumah
10. Menjalani rawatan HEMODIALISIS.
Daripada kesemua faktor di atas.... Terdapat beberapa daripadanya merupakan faktor risiko tahap tinggi yang mana berpuasa adalah dilarang sama sekali kerana akan memudaratkan keadaan pesakit tersebut.
Bagi mereka yang masih mampu dan memiliki risiko sederhana p**a.... Ibadah berpuasa adalah HARUS bagi mereka.
NAMUN BEGITU, BACAAN GULA PESAKIT PERLULAH DIUJI DENGAN LEBIH KERAP UNTUK MEMASTIKAN KELANCARAN IBADAH DAN MENGURANGKAN RISIKO BERLAKUNYA SEBARANG INSIDEN BERKAITAN DENGAN KENCING MANIS.
Rujuk ahli perubatan atau farmasi bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana terdapat ubat2 tertentu yang memerlukan pengubahsuaian dos.
Bagi mereka atau ahli keluarga mereka yang mencari ALAT CEK GULA yang MURAH & PRAKTIKAL. Boleh PM saya atau whatsapp ke nombor berikut.... 0195455022
Sebarang soalan berkaitan kencing manis dan puasa juga amatlah dialu-alukan.
Terima kasih.
01/05/2018
Ok semua..... Hari ni saya share sikit analogi mudah utk ampa paham pasai kencing manis nie....
Saya tunjukkan perbezaan aturan gula antara orang normal dan pesakit kencing manis...
Dan saya kongsikan jugak fungsi insulin di situ...
So... Nilah punca utama kenapa bila orang kencing manis cek gula depa.... Gula depa melantun2 tingginya....
Nak jelas lagi boleh post apa2 soklan na....
Moga bermanfaat utk semua...InsyaAllah....
27/04/2018
Salam jumaat buat semua..... Hari saya kongsikan sikit perkara2 basic yang melibatkan kencing manis...
24/04/2018
Control D Starter Kit
APA ITU CONTROL D STARTER KIT
🎀 Set alatan utk cek gula dalam darah. Ala....macam hat dok cek kat klinik tu.
SIAPA YANG MEMERLUKAN CONTROL D
🎀 Samada Anda atau Ahli keluarga anda yg menghidap penyakit kencing manis utk membantu mengawal gula di paras yg normal.
(Untuk mengetahui tips2 dan info2 berkaitan kencing manis, Sila like dan follow page ni ye.😊)
KENAPA CONTROL D PILIHAN YANG TERBAIK
✔Harga mampu milik
✔Saiz kecil - 'pocket size'
✔99.99% bacaan tepat, 'high accuracy'.
✔Jaminan kerosakan seumur hidup (tertakluk kepada terma dan syarat).
✔Harga glucostrip yang murah.
✔PERCUMA LANCET utk setiap pembelian glucostrip
Harga hanya Rm69.90....Dpt All in 1...
🖍🖍🖍
24/04/2018
Anda penghidap atau bukan?...
DUA2 KENA BACA....
mesti kena FAMILIAR dengan 'INSULIN'
Tolong baca sikit;
1. Hormon Insulin terhasil drpd pankreas
2. Ia keluar ke dalam darah bila qty gula tinggi dalam darah ( selalunya lepas makan la ni)
3. Berfungsi untuk membawa gula ke sel2 badan drpd darah untuk menukarkan gula kepada tenaga.
4. Proses 3 akan menyebabkan kandungan normal gula dalam darah dapat dikekalkan..
24/04/2018
Okay guys....
Lepas ni kalau orang tanya kencing manis tu padia... Hat ni jawapan dia...
Kalau oghang utagha boleh habaq lagu nie,
" Benda bila badan dah tak leh nak kawai gula, hat tu yang gula mencanak naik dalam darah tue.. P cek gula kat hujung jari time tu tobat belaih2 aih ".
Kalau orang perak macam ni la kot,
"Chor, badan kome udah tak leh nak kawei dah gule tue... Ate mahu tak tingginya bacaan gula dalam darah kamu tu.."
Kih3.... Tolong perbetui kot tersilap 'loghat'..
Sembang lagu nie dekat netizen esp glgn2 yg berumur nie akan membantu mereka faham dgn lbih baik.
So.. Kalau ada loghat lain cuba try tulih dkat komen tgk... Kot la ada oghang nogori ke apa ke.. Kih3..
Last, JANGAN HABAQ KENCING MANIS NI PENYAKIT POTONG KAKI OK... JANGAN PLS...
Harap bermanfaat utk semua... InsyaAllah
23/04/2018
Kencing Manis ????
Bila ditanya semua orang kat Malaysia nie, semua tahu pasal penyakit nie...btol tak?
Semua orang pon takut dengan kencing manis nie disebabkan oleh stigma masyarakat yang mengganggap kalau ada kencing manis nie maksudnya tak lama lagi kena potong kaki.
Btol tak?
Persoalannya apa itu kencing manis ye??....
Cube jawab please......=)
Control D - Rakan Diabetes Anda Membantu pesakit kencing manis mengawal penyakit mereka dengan memberi maklumat berkaitan sambil mempromosikan alat kesihatan utk menjayakannya.
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum buat semua likers..
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua kerana sudi 'like' page ini.
Semoga kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat daripada apa yang bakal dikongsikan.
InsyaAllah......
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Sungai Petani