Borong Minyak Wangi Kasturi

Borong Minyak Wangi Kasturi

Share

1. Kami menjual minyak wangi Kasturi secara borong.2. Harga terendah di pasaran.3. Pati Kasturi asli Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi.

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapa

27/08/2025

Untuk info lanjut kasturi boleh layari web

https://gokasturi.blogspot.com/

15/12/2024

Jom amalkan.

03/12/2024

Kelebihan Wangian Kasturi

Wangian kasturi telah lama digunakan dalam pelbagai budaya kerana aroma yang unik dan khasiatnya yang bermanfaat. Berikut adalah beberapa kelebihan utama wangian kasturi:
Kelebihan Aroma
* Menenangkan: Aroma kasturi terkenal dengan kemampuannya untuk menenangkan minda dan tubuh. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan.
* Meningkatkan Mood: Wangian kasturi dapat meningkatkan mood dan memberikan perasaan positif.
* Membantu Tidur: Aroma yang menenangkan dari kasturi boleh membantu memperbaiki kualiti tidur.
Kelebihan Kesihatan
* Antibakteria: Kasturi mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu mencegah jangkitan.
* Anti-radang: Ia juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.
* Menjaga Kesihatan Kulit: Kasturi boleh membantu menjaga kesihatan kulit dengan melembapkan dan menenangkan kulit.
Cara Menggunakan Wangian Kasturi
Wangian kasturi boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk:
* Minyak Atsiri: Minyak atsiri kasturi boleh digunakan untuk aromaterapi atau dicampurkan dengan minyak pembawa untuk urutan.
* Lilin Aromaterapi: Lilin aromaterapi dengan aroma kasturi boleh digunakan untuk menenangkan suasana di rumah.
* Produk Kecantikan: Kasturi sering digunakan dalam produk kecantikan seperti sabun, losyen, dan minyak wangi.

Photos from Borong Minyak Wangi Kasturi's post 16/03/2024

Alhamdulillah 5 ramadhan kasturi hitam & merah terbang ke KL & N9.

12/03/2024

Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua Muslimin dan Muslimat.

29/10/2023

Kasturi merah 500ml
Atar Maliki 100ml

Terima kasih raja along 😁

19/02/2023

5 DOA DIMURAHKAN REZEKI DAN TIPS MURAH REZEKI

Apakah bacaan doa untuk dimurahkan rezeki dan tips supaya rezeki murah? Artikel ini akan membincangkan bacaan doa yang sesuai untuk dimurahkan rezeki berserta tips dan cara supaya rezeki diberkati.

Selalu kita ingat rezeki ini berupa fizikal macam duit, rumah dan sebagainya. Namun begitu, rezeki ini hakikatnya adalah segala benda yang mendatangkan manfaat pada kita. Masa juga rezeki. Badan yang sihat juga adalah rezeki. Kefahaman tentang suatu ilmu, juga rezeki. Dan seterusnya.

Rezeki ada 2 jenis. Walaupun hakikatnya semua jenis rezeki sudah ditulis oleh Allah. Namun, di dunia ini, dengan ikhtiyar yang dikurniakan olehNya, ada rezeki yang diperoleh tidak dengan usaha, dan ada rezeki yang diperoleh dengan usaha.

Contohnya, rezeki yang tidak dengan usaha adalah seperti masa. Allah beri masa kepada manusia dengan selapang-lapangnya, maka apakah manusia itu bersyukur dengan masa ini dengan mengisi masa berbuat amal soleh, atau bagaimana?

Rezeki yang dengan usaha p**a adalah seperti pemilikan harta. Bagaimana manusia itu ingin mendapatkan harta supaya boleh membayar nafkah kepada dirinya dan sesiapa yang di bawah tanggungannya jika tidak bekerja? Pastilah kena kerja. Baru dapat rezeki itu. Sebab itu ia digelar sebagai rezeki yang diperoleh melalui usaha.

Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan supaya Allah kurniakan rezeki kepada kita sekaligus keberkatanNya.

Doa Murah Rezeki

1. Doa pada waktu pagi

اللهم إني أسألك علماً نافعاً ، و رزقاً طيباً ، و عملا متقبلا.

Maksud: Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima

Doa ini diambil daripada hadis riwayat Ibnu Majah. Hadis ini disampaikan oleh Ummu Salamah yang mengajarkan kita tentang doa yang Rasulullah selalu baca pada waktu pagi, khususnya lepas Solat Subuh.

2. Doa kebahagiaan

ربنا آتنا في الدنيا حسنه وفي الاخره حسنه و قنا عذاب النار

Maksud: Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungi kami daripada seksa api neraka. (Surah Al-Baqarah ayat 201)

Ini doa yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran sendiri. Dalam hadis riwayat Muslim, pernah diceritakan. Rasulullah pergi melawat seorang sahabat yang sakit. Sebab kan sakit, sahabat itu kurus. Digambar dalam hadis, seperti anak burung. Rasulullah tanya, “Apakah kamu tidak berdoa meminta sesuatu daripada Allah?” Sahabat itu pun jawab, “Aku minta supaya Allah segerakan seksaan aku di akhirat untuk aku di dunia.” Rasulullah pun jawab, “Subhanallah, kau tidak mampu tanggung kalau begitu Maka tidak ucapkan Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungi kami daripada seksa api neraka.” Sahabat pun doa begitu, akhirnya Allah menyembuhkannya.

3. Doa Rasulullah bacakan untuk Anas Bin Malik

اللهم أكثر مالي ، وولدي ، وبارك لي فيما أعطيتني

Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku (Hadis riwayat Bukhari)

Doa dimurahkan rezeki ini merupakan salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Anas Bin Malik untuk dibaca.

4. Doa untuk kecukupan

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك

Ya Allah, berikanlah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berikanlah aku kekayaan dengan kurniaanMu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain selainMu (Hadis riwayat Ahmad)

5. Doa dari Surah Al-Maidah

رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Bacaan rumi: Rabbana anzil ‘alaina ma idatan minassama i takunu lana ‘idan li auwalina wa akhirina wa ayatam mink, war zuqna wa anta khairur razikin

Maksudnya: Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama (Surah Al-Maidah ayat 114)

Doa ini dibaca oleh Nabi Isa AS.

26/01/2023

Terima kasih puan maryam....
Kasturi kuning 500ml & sample 6 jenis.

18/09/2022

Kasturi hijau 500ml terbang ke saudagar di penang...

Kami menjual minyak wangi kasturi secara borong.
Ada 7 jenis, susu, za'faran, merah, hijau, hitam, kuning dan asli
1 liter = RM600
500 ml = RM350
Botol kecil 4ml = RM5 per unit (minimum order 50 unit)

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Sungai Petani?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Sungai Petani
08000