Sweet Can D Cup HQ
Welcome to SWEET CAN D CUP OFFICIAL PAGE. LIKE us to stay informed on our Product News & Giveaways!
// Any enquiries please contact us at +6014-924 8658
18/10/2021
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturrahim atau memohon disegerakan.
โJika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah kerasโ.
โ Surah Ibrahim ayat 7
Yang paling utama ialah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah SWT ๐คฒ๐ป
Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati kan?
Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini โpijak semut tak matiโ tiba-tiba berubah sikap. Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu.
Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri. Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang ๐
Jemput support/follow Hawa, sister ๐,
https://msha.ke/miraclek
14/10/2021
Allah S.W.T berfirman:
โWahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.โ
(al-Baqarah: 153)
Saat kebimbangan dan kegelisahan melanda di jiwa, maka, sabar dan solatlah solusi terbaik yang wajib kita lakukan. Bergantung harap hanya kepada Allah dalam sebarang situasi dan keadaan. Manusia itu hanyalah perantaraan sahaja. Hakikatnya Allah-lah yang mengutuskan bantuan dan pertolongan itu.
Bahkan, tatkala kita mengalami kesusahan dan kesempitan hidup, kerugian dalam perniagaan, kegagalan dalam percintaan dan rumah tangga, kesakitan serta pelbagai masalah lain lagi yang dihadapi, maka sabar dan solatlah jalan penyelesaian terbaik.
Setiap ujian yang dihadapi akan mengecil jika kita membesarkan iman dan takwa di jiwa. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong kita untuk berdepan dengan setiap cubaan yang digusari itu โฅ๏ธ
Bergelar seorang isteri sememangnya memerlukan satu tanggungjawab yang besar.
Penting untuk anda buat persiapan awal agar anda bersedia menempuh alam baharu dalam hidup anda. Tidak sama ketika zaman bujang, pastinya selepas berkahwin memerlukan anda memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri.
Sebelum merancang untuk berumah tangga dan bergelar seorang isteri, pastikan wanita hadam dan tahu perkara penting ini agar mahligai yang anda bakal bina kekal bahagia, insyaaAllah ๐
Jemput support/follow Hawa, sister ๐,
https://msha.ke/miraclek
04/10/2021
Firman Allah SWT: โBerdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.โ (Ghafir: 60)
KUASA doa amat besar dan menakjubkan kerana ia lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT.
Saidina Ali Abu Talib RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Doa ialah senjata kaum Muslimin dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi. (HR Hakim)
Berdoa juga tergolong dalam ibadah. Orang sentiasa mengamalkan doa dalam hidup juga dijanjikan ganjaran dan keberkatan bukan sahaja di dunia, malah lebih penting di akhirat kelak ๐
Rasanya tiada suami yang tak sayang isteri dia. Cuma orang lelaki ni memang tak pandai nak meluahkan rasa sayang tu. Terlalu โkekokโ bab perasaan. Ini fitrah orang lelaki.
Berbeza dengan sifat wanita yang tahu menyatakan rasa kasih sayang kepada insan yang mereka hargai dan sayangi dalam hidup.
Bagaimanapun, tidak tahu menyuarakan rasa kasih bukanlah bermakna para suami tidak menyayangi isteri mereka sebaliknya mereka mempunyai cara lain untuk mengungkapkan rasa itu ๐ค
Jemput support/follow Hawa, sister ๐,
https://msha.ke/miraclek
PERUBAHAN daripada satu keadaan kepada satu keadaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Ramai dalam kalangan kita yang ingin berubah daripada melakukan perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik, dari perkara yang Allah murka kepada perkara yang Allah reda.
Seseorang yang ingin berubah maka perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala perkara yang boleh menyebabkan dirinya kembali kepada asal.
Walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan ๐
Jemput support/follow Hawa, sister ๐,
https://msha.ke/miraclek
Setiap wanita adalah unik dan mempunyai corak haid yang berlainan , dan mungkin adalah normal bagi wanita itu sendiri.
Walaupun anda tidak datang haid, tidak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung.
Jika anda ingin menjarakkan kelahiran atau merancang keluarga anda perlu menggunakan cara perancangan yang efektif dan berkesan walaupun tidak datang haid. Dapatkan nasihat doktor anda untuk ini ๐ฉ๐ปโโ๏ธ
Jemput support/follow Hawa, sister ๐,
https://msha.ke/miraclek
Dalam Islam, doa merupakan bentuk permohonan atau permintaan termasuk meminta bantuan kepada Allah SWT.
Cepat atau lambatnya doa diperkenankan adalah urusan Allah SWT. Bagaimanapun doa yang tidak dimakbulkan disebabkan jiwa dan hati berprasangka buruk terhadap Allah SWT selain tidak menuruti adab berdoa.
Oleh itu, amalan baik menjadi kunci doa dimakbulkan โฅ๏ธ
Sebagai seorang wanita, secara normalnya akan mengalami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnya darah dari bahagian f***j.
Berikut adalah beberapa persoalan yang sering dikaitkan dengan perbezaan darah haid, istihadah (darah penyakit), wiladah, dan nifas.
Semoga kekeliruan tentang jenis darah ini dapat difahami dengan jelas kerana ia bakal mempengaruhi ibadah kita dan juga kesihatan tubuh badan kita.
Oleh itu, jika masih terdapat kekeliruan, ajukanlah soalan kepada yang pakar kesihatan mahupun pakar agama untuk mendapat kepastian ๐๐ป
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Sungai Petani
08100