Pelitawanis SPGS
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pelitawanis SPGS, Health/Beauty, TNB SUNGAI PETANI, Sungai Petani.
10/07/2026
Selamat Hari Lahir buat YDP Pelitawanis TNB, Datin Sharifah Binti Mohd Yusof
10/05/2026
Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu ๐ท
Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Semoga setiap langkah ibu sentiasa dipermudahkan dan dipenuhi kebahagiaan. โค๏ธ
~ Pelitawanis SPGS ~
08/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐
๐
Tarikh: 8 Mac 2026
Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesiapsiagaan anggota kerja dalam memastikan kelangsungan bekalan elektrik khususnya sepanjang musim perayaan, Pelitawanis Cawangan Sungai Petani telah menyediakan bingkisan kuih raya untuk diagihkan kepada seluruh anggota kerja Standby Kedah / Perlis yang bertugas sempena 1 Syawal 1447H.
Bagi tahun ini, Pelitawanis Cawangan Sungai Petani telah terpilih selaku koordinator dalam penyediaan Bingkisan Kuih Raya TNB sebagai tanda penghargaan kepada anggota kerja yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab demi memastikan perkhidmatan kepada pelanggan kekal terjamin.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas dedikasi serta pengorbanan semua anggota kerja.
08/03/2026
๐ธ Selamat Hari Wanita Sedunia ๐ธ
8 Mac 2026
Wanita bukan sahaja nadi keluarga, malah menjadi tulang belakang dalam pelbagai bidang termasuk sektor tenaga negara. Dengan dedikasi, ketabahan dan semangat yang tinggi, wanita terus menyumbang kepada kemajuan organisasi dan masyarakat.
Terima kasih kepada semua wanita yang sentiasa komited, berwibawa dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
โจ Wanita Tangguh, Peneraju Tenaga Negara.
Ikhlas daripada
Pelitawanis SPGS
06/03/2026
๐ Salam Nuzul Al-Quran ๐
Firman Allah SWT:
ุดูููุฑู ุฑูู
ูุถูุงูู ุงูููุฐูู ุฃูููุฒููู ููููู ุงููููุฑูุขูู
โBulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Quranโฆโ
โ Surah Al-Baqarah: 185
Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan yang dimuliakan dengan turunnya kitab suci sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh umat manusia.
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk mendekati Al-Quran โ membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya agar ia menjadi cahaya yang menerangi kehidupan kita di dunia dan akhirat.
โจ Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadan 1447H
Ikhlas Daripada : Pelitawanis SPGS
02/03/2026
๐๐๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง & ๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก.
Jasa dan kepimpinan ๐๐๐ก๐ . ๐๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐จ๐ซ ๐๐ณ๐ฎ๐ซ๐ ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐, Yang Dipertua PELITAWANIS TNB Kebangsaan bagi sesi 1 Mac 2024 โ 28 Februari 2026, akan sentiasa terpahat dalam sejarah dan perjalanan persatuan PELITAWANIS TNB SPGS โค๏ธ
02/03/2026
Setinggi-tinggi Tahniah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ๐๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐ก๐๐ซ๐ข๐๐๐ก ๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐จ๐ atas pelantikan sebagai Yang Dipertua PELITAWANIS TNB yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2026.
Semoga dengan amanah yang diberikan ini, Datin terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin PELITAWANIS TNB ke arah yang lebih cemerlang dan berwibawa.
Ikhlas daripada,
Pelitawanis SPGS
02/03/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Dengan semangat kebersamaan, PKPI, Pelitawanis dan Kelab Kilat bergabung tenaga menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memupuk nilai kesukarelawanan, memperkukuh silaturahim serta menyantuni warga kerja melalui pengagihan bubur lambuk kepada seluruh staf.
Program ini turut menjadi platform dalam mempererat hubungan sesama warga kerja dan keluarga, selaras dengan aspirasi organisasi untuk menyemai budaya prihatin dan semangat kebersamaan.
๐ Tempat: TNB Sungai Petani
๐
Tarikh: 02 Mac 2026
โฐ Masa: 9.30 pagi โ Selesai
Semoga usaha murni ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua.
โBersama Mengimarahkan Ramadanโ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
TNB SUNGAI PETANI
Sungai Petani
08000