Zaza Beauty
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zaza Beauty, Beauty, cosmetic & personal care, Tanah Merah.
Kentut Va**na
Sila hadam wahai wanita!
20/09/2021
Assalamualaikum hai jamu lovers🌹♥️💃😋
18/09/2021
12 Khasiat LEMON...
Sekarang ini ramai berlumba-lumba untuk kekal sihat dan jadi awet muda. Malah ramai yang membeli supplemen kesihatan dari luar yang dijual untuk memastikan untuk menjaga kesihatan diri daripada gangguan kesihtan.
Namun sebenarnya kita boleh kekal sihat dan jadi awet muda hanya dnegan mengamalkan petua tradisioal. Dengan hanya pengambilan lemon setiap pagi mampu memberi kesihatan yang bagus untuk kesihatan diri kita.
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Selain itu lemon juga terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati atau detox.
Caranya ialah dengan menghiris lemon dan memerahkan dalam air suam. Minumlah setiap pagi dan hidangkannya tanpa gula untuk khasiat optimum.
Mengambil lemon setiap pagi boleh mengalkali tubuh. Oleh kerana sifatnya yang alkali, lemon boleh meneutralkan asid dalam badan. Asid berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai kemudharatan dan kelesuan.
Ayuh semak 12 kahsiat minum lemon setiap pagi dan sangat bagus diamalkan untuk sesiapa sahaja.
#1. Elak Masalah Penghadaman
Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.
#2. Mengangtifkan & Membersihkan Organ Hati
Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .
#3. Bertindak Sebagai Vitamin C
IKLAN
Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.
#4. Bersifat Alkali
Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.
#5. Elakkan Masalah Sembelit
Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
Manfaat Buah Lemon untuk Wajah
#6. Sebagai Antibiotik & Antioksidan
Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
#7. Mempunyai Ciri-Ciri Anti-Karsinogik
Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.
#8. Bantu Menghadam Lemak Degil & Berkesan Turunkan Berat Badan Secara Sihat
Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.
#9. Bantu Rawat Sakit Tekak
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
#10. Sesuai Untuk Rawat Selesema
Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selesema, minum bersama air suam.
Manfaat-Lemon-untuk-Diet
#11. Boleh Membakar Lemak
Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.
#12. Hilangkan Bau Mulut Awal Pagi
Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Jom amalkan...🤸💃🥰🌹🤭😋
SUMBER.. ROOFSCIENCE
🔥 RAWATAN KULIT GUNA AIS!! 🔥
Jom baca💃💃
Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:
1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Share jika bermnafaat utk anda dan rakan2.
Sumber: YouTube
12/09/2021
Hebatnya kamu....
JUS KUNYIT ABANG SAYANG
Pasti luar biasa..
🌹♥️💪😋🤸💃🥰
10/09/2021
Assalam...hai awk2...
Seperti yg dijanjikan..jom Kita bongkar
10 KHASIAT MANJAKANI YG ANDA PERLU TAHU
Apakah khasiat manjakani kepada kesihatan? Manjakani adalah sejenis tumbuhan yang bagus untuk kesihatan. Artikel ini akan membincangkan mengenai komponen-komponen penting di dalam manjakani dan kebaikannya kepada kesihatan.
Pengenalan
Secara tradisionalnya, manjakani telah digunakan untuk penyembuhan luka dan dijadikan jamu untuk kesihatan wanita terutamanya setelah bersalin. Manjakani banyak didapati di Asia, India, Greece dan Iran. Ia dikenali dengan nama Majuphal di India, Manjakani di Malaysia dan Gall oak atau Dyers’ Gall Magic Nut di dalam Bahasa Inggeris.
Manjakani atau nama saintifiknya Quercus infectoria adalah sejenis keradangan atau bengkak yang terjadi pada pokok oak akibat disuntik telur daripada serangga gall wasp. Ia bukannya sejenis buah yang selalu difikirkan ramai orang.
Manjakani atau bengkak tersebut terhasil daripada tindakbalas pokok oak tersebut dengan bahan kimia yang dihasilkan oleh serangga atau telurnya. Telur yang ada di dalam bengkak itu akan menetas dan akan keluar dengan membuat lubang. Oleh itu, manjakani ini akan kelihatan berlubang. Manjakani juga mempunyai warna yang sedikit gelap dan keras.
Kandungan nutrisi
Tidak dinafikan, manjakani juga mempunyai pelbagai nutrisi yang baik. Jadual di bawah menunjukkan kandungan nutrisi yang ada di dalam manjakani.
Nutrien Jumlah
Kalsium (mg/L) 12,700
Fosforus (mg/L) 11,100
Kalium (mg/L) 223,633
Magnesium (mg/L) 20,933
Zat besi (mg/L) 3587
Mangan (mg/L) 100
Zink (mg/L) 329
Nikel (mg/L) 213
Dapat dilihat bahawa manjakani mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, magnesium dan potassium. Kandungan mineral ini penting bagi menjamin kesihatan yang baik dengan membantu mencegah masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekurangan mineral ini di dalam badan. Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kehadiran protein, asid amino dan karbohidrat di dalam ekstrak manjakani. Namun begitu, jumlahnya tidak dinyatakan.
Kandungan Berkhasiat Dalam Manjakani
Jadi, apakah yang membuatkan manjakani ini bagus? Manjakani mengandungi pelbagai komponen yang menjadikan ia berkhasiat kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya, manjakani mengandungi komponen tannin iaitu sejenis antioksidan yang tergolong dalam kelompok polifenol yang berperanan sebagai antioksidan dengan pelbagai fungsi. Hampir 50% hingga 70% komponen di dalam manjakani terdiri daripada tannin.
Oleh itu, ini menunjukkan bahawa majoriti kandungan komponen di dalam manjakani adalah terdiri daripada tannin. Antara komponen tannin yang biasa dijumpai di dalam manjakani termasuklah gallic acid, ellagic acid dan methyl gallate.
Di samping itu, manjakani juga mengandungi asid fenolik, flavonoid, triterpenoids, steroid, saponin, glikosida dan thraquinone. Komponen-komponen ini memainkan peranan penting melalui pelbagai mekanisma bagi merawat pelbagai jenis penyakit.
10 Khasiat manjakani kepada kesihatan
Memandangkan manjakani mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa kebaikan manjakani kepada kesihatan:
1. Untuk kesihatan mulut
Antara khasiat manjakani adalah ia bagus untuk kesihatan mulut. Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.
Kajian itu juga mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menyebabkan jangkitan di dalam mulut.
2. Aktiviti antibakteria
Manjakani juga mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antibakteria terhadap pelbagai jenis bakteria termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli dan Salmonella spp. Hal ini kerana manjakani mempunyai tannin dan gallic acid yang memainkan peranan penting bagi aktiviti antibakteria tersebut.
3. Sebagai antikulat
Di samping itu, manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikulat terhadap Candida albicasn, C. krusei dan C. glabrata.
Oleh itu, ini menunjukkan potensi manjakani sebagai rawatan atau pencegahan kepada jangkitan kulat pada manusia. Selain itu, oleh kerana sifatnya yang antikulat ini, ia seringkali dijadikan bahan tambahan untuk membersih f***j wanita. Namun begitu, kajian klinikal terhadap manusia berkenaan tujuan tersebut masih lagi kurang.
Oleh itu, kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi membuktikan keberkesanannya.
4. Sebagai antiradang
Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antiradang. Hal ini kerana manjakani mempunyai flavonoid dan tannin seperti gallic acid dan ellagic acid yang sememangnya terbukti mempunyai aktiviti antiradang.
5. Aktiviti antioksidan
Manjakani juga mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Hal ini kerana ia mempunyai pelbagai jenis antioksidan seperti fenol dan tannin. Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani boleh meningkatkan enzim antioksidan di dalam binatang.
Oleh itu, ini menunjukkan bahawa manjakani mempunyai aktiviti antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas seterusnya mencegah oksidatif stres yang boleh menyebabkan penyakit.
6. Untuk penyembuhan luka
Oleh kerana aktiviti antibakteria dan antioksidan yang ada pada manjakani, ia membuatkan manjakani juga bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa ekstrak manjakani boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai ulser atau luka yang disebabkan komplikasi diabetes (diabetic ulcer).
Di samping itu, kajian yang dilakukan terhadap pesakit diabetes yang mempunyai luka di kaki (diabetic foot ulcer) juga telah mendapati bahawa penggunaan larutan ekstrak manjakani untuk mencuci luka telah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.
7. Kesan antidiabetik
Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetik. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antidiabetik yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.
8. Untuk ‘mengetatkan’ f***j wanita
Selain itu, manjakani juga telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita. Kajian yang dijalankan menggunakan gel yang mempunyai ekstrak manjakani telah mendapati bahawa gel tersebut boleh ‘mengetatkan’ f***j, meningkatkan cecair f***j sekaligus mengurangkan masalah kekeringan pada f***j wanita berbanding gel tanpa ekstrak manjakani.
Hal ini kerana manjakani mempunyai aktiviti antioksidan, antikulat, antibakteria dan antiradang yang boleh meningkatkan kesihatan wanita. Namun begitu, pemakanan manjakani perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar kerana manjakani juga mempunyai kandungan logam berat yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk sekiranya diambil secara berpanjangan terutamanya bagi ibu hamil atau berpantang.
9. Bagus untuk kesihatan tulang
Di samping itu, manjakani juga bagus untuk kesihatan tulang. Kajian dalam tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mampu membantu pembentukan tulang sekaligus berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh).
10. Mencegah kanser
Manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikanser terhadap sel kanser serviks dan kanser ovari. Hal ini kerana kehadiran antioksidan seperti tannin yang terdapat di dalam manjakani yang boleh membantu mencegah penyakit.
Oleh itu, ini menunjukkan manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser dalam wanita.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat dilihat manjakani mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Manjakani mempunyai aktiviti antioksidan, antibakteria, antikulat dan antiradang yang boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit. Ia juga bagus untuk kesihatan mulut, untuk penyembuhan luka, untuk kesihatan wanita dan untuk kesihatan tulang.
Walaubagaimana, pemakanan manjakani sebagai supplemen tambahan perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar memandangkan manjakani sering ditambah dengan herba lain yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan badan.
Oleh itu, pengguna haruslah bijak sebelum membuat keputusan dengan bertanyakan pendapat pakar. Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat manjakani.
Rujukan Roofscience blog
09/09/2021
Sharing is caring 😘🤸💃🌹
09/09/2021
Assalam...selamat pagi uools..
Okey arini sy nk share kbaikan Daun sireh..Semua org tahu...Daun sireh ni termasuk herba yg sarat dgn khasiat.Sering digunakan dlm prubatan sejak berkurun-kurun lamanya...
Manfaat daun sireh utk kcantikan..Antaranya termasuk jerawat,mcegah bau badan dan mbleh mnurunkan berat badan 😱 woooww !!!
Nak tahu lagi??? Jom!!!
1.Daun sirih ni kaya akan antioksidan yang bleh membersihkan radikal bebas dari tubuh. Daun sirih juga membantu mengembalikan pH normal pada saluran pencernaan.
Untuk mengatasi konstipasi, hancurkan daun sirih dan rendam ke dalam segelas air semalaman. Minum airnya di pagi hari untuk membantu pergerakan usus.
2.Mengurangi masalah saluran pernapasan
Daun sirih dipercaya bisa meringankan batuk dan pilek. Daun sirih memiliki efek antibakteri karena mengandung polifenol, salah satunya kovikol.
Untuk menjadikannya ubatt batuk dan pilek, Anda bleh mencuba cara berikut.
Rebus beberapa lembar daun sirih dengan kapulaga, cengkeh, dan kayu manis. Minum air rebusan tersebut dua sampai tiga kali sehari
3.Mhentikan darah
Sejak dulu, sirih digunakan untuk mengobati mimisan. Daun sirih mampu menghentikan perdarahan dengan cepat.
Siapkan daun sirih yang telah dibersihkan, kemudian digulung. Setelah itu masukkan gulungan daun ke dalam hidung yang sedang mimisan untuk menghentikan perdarahan.
4. Menjaga kesehatan rongga mulut
Orang tua jaman dulu banyak yang gemar mengunyah sirih. Efek antibakteri di dalam sirih mampu membunuh bakteri di dalam mulut.
Sehingga, daun ini bisa mencegah berbagai penyakit gigi dan mulut seperti radang gusi, sariawan, bau mulut, dan gigi berlubang.
Tidak perlu repot-repot lagi, sudah banyak tersedia produk kesehatan gigi dan mulut yang mengandung sirih. Beberapa bentuk produknya antara lain obat kumur dan pasta gigi.
5. Memelihara aset wanita
Selain efek antibakteri, ternyata daun sirih juga memiliki efek antijamur. Daun sirih mampu mencegah pertumbuhan jamur penyebab keputihan pada organ kewanitaan.
Dahulu, orang menggunakan air rebusan daun sirih untuk membersihkan organ kewanitaan. Namun sekarang, ekstrak daun sirih ditemukan di berbagai produk khusus wanita. Contohnya sabun, tisu, dan pembalut.
Sekian...Semoga Kita mdapat manfaat ye...
Jamu lovers💃🌹😋
Sumber- Doc indonesia
08/09/2021
Sebut pasal kunyit...khasiatnya mmg woww...10 antara manfaat utk tubuh yg HARUS kamu tahu..Let's go💃🤸
1 Menyeimbangkan kadar hormon
2 Meredakan peradangan
3 Menurun berat badan
4 Menjaga sistem pencernaan
5Menurunkan kadar gula darah
6 Mengatasi masalah sembelit
7 Awet muda
8.Mencerahkan Kulit
9. Antibakteria
10 Mengatasi masalah seksual
Sumber Dari-Doktor Sehat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Tanah Merah
17500
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |