Pusat Tingkatan 6 SMK TANAH MERAH 2
Page ini diwujudkan untuk dokumentasi, brainstorming, dan perkongsian maklumat penting.
12/06/2026
10 JUN 2026 | RABU | DEWAN IBNU KHALDUN | MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU SUAI KENAL PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 SESI 2026
Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan azam baharu.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Tanah Merah 2 iaitu En. Izani bin Abdullah. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang gemilang.
12/06/2026
8 JUN 2026 | ISNIN | Dewan Ibnu Khaldun | Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2026/2027
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 6 Semester 1 (Ambilan 2026).
Pihak pengurusan sekolah, barisan guru, dan seluruh warga kerja Pusat Tingkatan 6 SMK Tanah Merah 2 ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendaftar.
Langkah pertama anda sebagai pelajar Pra-Universiti bermula hari ini. Fasa ini mungkin menuntut komitmen yang tinggi, namun kami percaya dengan azam yang kuat dan bimbingan daripada para guru, anda semua mampu melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM nanti.
Kepada ibu bapa dan penjaga, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak tuan/puan.
Selamat maju jaya dan selamat menimba ilmu! Bersama-sama kita memacu kecemerlangan. 💪📚
24/05/2026
20 MEI 2026 | RABU | SURAU AT-TAQWA SMK TANAH MERAH 2 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Majlis Khatam al-Quran telah berlangsung penuh keberkatan. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya dalam hidup kita, membimbing langkah menuju redha-Nya. Mudah-mudahan roh al-Quran terus hidup dalam hati setiap insan. Allahumma Aamin.
12/03/2026
12 MAC 2026 | KHAMIS | MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADAN 1447
Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan Tazkirah Ramadan. Semoga setiap kata menjadi cahaya yang membimbing hati.
Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Hjh. Norzaini Adzmi
"Dari mimbar kata lahir cahaya, dari tazkirah lahir kesedaran. Pertandingan Tazkirah Ramadan telah selesai, namun pesannya kekal abadi"
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
KM 2, Jalan Ismail Petra
Tanah Merah
17510
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tingkatan 6 SMK TANAH MERAH 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.