Bekam Khalifah
Menawarkan perkhidmatan bekam klinikal dan refleksologi sebagai rawatan alternatif untuk penyakit akut dan kronik.
PUSAT RAWATAN BEKAM & REFLEKSOLOGI DI TEMERLOH YANG SELESA, BERSIH & MODEN
DIMILIKI OLEH KHALIFAH GROUP ENTERPRISE, SSM: 201003240621 (CT0004657-H)
05/09/2026
Hipertensi sering digelar “pembunuh senyap” kerana ramai individu tidak mengalami gejala yang jelas walaupun tekanan darah sudah tinggi.
Jika tidak dikawal, hipertensi boleh meningkatkan risiko komplikasi serius seperti strok, penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang.
Sebab itu, jangan tunggu sakit untuk mula menjaga kesihatan. Amalkan pemakanan seimbang, kurangkan garam, kekal aktif, urus tekanan dan yang paling penting, periksa tekanan darah secara berkala serta patuhi rawatan yang diberikan oleh doktor.
Sebagai ikhtiar pelengkap untuk penjagaan kesejahteraan dan relaksasi tubuh, anda juga boleh mempertimbangkan terapi bekam.
Di Bekam Khalifah Temerloh, kami mengutamakan rawatan yang bersih, selesa dan dikendalikan oleh jurubekam bertauliah.
Sihat itu nikmat. Jaga sebelum terlambat.
http://bekamkhalifah2026.wasap.click/
“Apa yang Allah tangguhkan bukan bererti ditolak; Allah telah menyediakan sesuatu pada waktu yang paling tepat.”
04/09/2026
Pernah tak waktu malam, badan dah penat tetapi kaki terasa sejuk, kebas, berdenyut, mudah kejang atau asyik mahu digerakkan hingga sukar untuk tidur lena?
Jangan terus anggap ia perkara biasa. Sesetengah gejala seperti ini boleh berkait dengan masalah saraf, otot atau peredaran darah dan wajar diberi perhatian, terutama jika kerap berlaku.
Tidur yang berkualiti sangat penting kerana ketika tidur tubuh menjalankan proses pemulihan.
Jika ketidakselesaan pada kaki atau tangan sering mengganggu tidur, cuba perbaiki gaya hidup, kekal aktif dan dapatkan pemeriksaan kesihatan jika simptom berpanjangan atau semakin teruk.
Sebagai salah satu ikhtiar penjagaan diri, terapi bekam boleh dipertimbangkan untuk membantu relaksasi dan kesejahteraan tubuh, namun ia bukan pengganti diagnosis atau rawatan perubatan.
Di Bekam Khalifah Temerloh, rawatan dilakukan oleh jurubekam bertauliah dengan mengutamakan SOP, kebersihan dan keselesaan pelanggan.
Jangan tunggu badan terlalu penat untuk mula menjaganya. Ikhtiar hari ini, untuk tidur dan kesihatan yang lebih baik.
http://bekamkhalifah2026.wasap.click/
“Jangan takut berjalan perlahan, asalkan langkah itu sentiasa menuju Allah.”
03/09/2026
Berbekam bukan hanya dilakukan apabila badan sudah terasa sakit atau tidak selesa.
Ia merupakan salah satu ikhtiar penjagaan kesihatan yang telah diamalkan sejak dahulu.
Dalam kehidupan hari ini yang dipenuhi tekanan, kurang bergerak, pemakanan tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi, menjaga kesihatan secara berkala semakin penting.
Terapi bekam boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan diri untuk membantu tubuh lebih relaks dan menyokong kesejahteraan secara umum.
Namun, sebagai rawatan alternatif, perlu difahami, bekam bukanlah pengganti rawatan doktor atau ubat-ubatan sepenuhnya.
Terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung atau buah pinggang.
Di Bekam Khalifah Temerloh, setiap sesi dilakukan dengan mengutamakan kebersihan, SOP klinikal dan pengendalian oleh jurubekam bertauliah.
Jangan tunggu badan mula memberi “amaran” baru mahu menjaganya.
Ikhtiar hari ini, untuk kesihatan yang lebih baik esok.
Bekam Khalifah | Damai Court, Temerloh
“Jangan berhenti berdoa hanya kerana belum melihat jawapan. Allah mendengar sejak doa pertama dilafazkan.”
01/09/2026
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Nazzatullah Nazmi, Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dan Allahyarham adik Armaan yang telah pergi menghadap Ilahi dalam satu kejadian kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan.
Kehilangan tiga beranak dalam sekelip mata pastinya meninggalkan kesedihan dan dugaan yang amat berat buat seluruh keluarga.
Semoga roh ketiga-tiga Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan beramal soleh, serta diampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.
Al-Fatihah.
30/08/2026
MERDEKA BUKAN SEKADAR LAUNGAN, TETAPI SEMANGAT YANG PERLU DIHIDUPKAN!
69 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaan. Sebuah nikmat yang dibina atas pengorbanan, keberanian dan kesatuan generasi terdahulu.
Hari ini, tugas kita adalah meneruskan perjuangan itu — bukan lagi dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menjaga perpaduan, memperkukuh persaudaraan, membina keluarga yang sejahtera serta menjadi rakyat yang memberi manfaat kepada negara.
Sempena Hari Kebangsaan Ke-69, seluruh warga Bekam Khalifah mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
31 Ogos 2026
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati. Walau berbeza latar belakang, kita tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang, membawa satu harapan untuk masa depan yang lebih baik.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
Bersama mengukuh perpaduan, bersatu membina masa depan Malaysia yang gemilang.
Selamat Hari Merdeka dari kami
Warga Kerja Bekam Khalifah.
Bekam Khalifah — Your Health Solution
29/08/2026
𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, 𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟏 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 merupakan salah satu Tarikh Sunnah Berbekam.
Bagi yang sudah lama tidak berbekam, inilah masa yang sesuai untuk kembali menjaga kesihatan dan menjadikan bekam sebagai salah satu ikhtiar penjagaan tubuh secara berkala.
Sempena Tarikh Sunnah ini, Bekam Khalifah Temerloh menawarkan harga istimewa: 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐒𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝐑𝐌𝟖𝟗 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟎.
Rawatan dilakukan mengikut SOP dengan peralatan yang bersih serta dikendalikan oleh jurubekam berpengalaman.
Jangan tunggu badan mula terasa tidak selesa baru mahu bertindak. Jadikan penjagaan kesihatan sebagai rutin dan ikhtiar berterusan.
𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟐𝟏 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
𝐓𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢: http://bekamkhalifah2026.wasap.click/
Bekam Khalifah — Ikhtiar Hari Ini, Lebih Baik Esok.
29/08/2026
Untuk maklumat, kami akan bercuti bermula esok (30 Ogos 2026) sehingga Selasa (1 September 2026).
Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada Rabu (2 September 2026). InsyaAllah...
Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh terus klik link dibawah:
http://bekamkhalifah2026.wasap.click/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
No. 80, Persiaran Damai 1, Damai Court
Temerloh
28000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |
| Saturday | 10:00 - 18:00 |