ZehraH Beauty

ZehraH Beauty

Share

Kami membekalkan produk kesihatan dan kecantikan. Khusus untuk anda yang menjaga penampilan dan ber

Kami menyediakan perkhidmatan dan membekal produk kesihatan dan kecantikan. MISI
misi kami untuk memastikan pengguna kami dapat bergaya dan disampimg itu juga mereka dapat menjaga kesihatan mereka

Kami diuruskan oleh Wealth Magnate Resources

25/11/2021

Kena hadap ujian hidup dengan baik-baik. Menangis dan merintihlah di atas sejadahmu.

Kemudian berdiri semula dan pandang ke langit biru.

Usap dan tepuklah dadamu dan pesan pada diri, “ujian ini diberi mengikut kemampuanku sendiri. Allah takkan membebani setiap sesuatu itu melebihi dari hadku sendiri. Aku terima semua ini sebagai tanda kecintaan-Nya pada diriku.”

Kawan-kawan,

Jika saat ini segala-galanya nampak mustahil, usah putus asa. Terima segala-galanya sebagai hikmah dan ibrah untuk kita pelajari.

Taufiq Mohd Nor

06/09/2021

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami jalan supaya kami dapat keluar daripada segala kesulitan. Hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Aamiin YRA..

26/08/2021

Ya Allah, semoga di setiap langkah kami Engkau titipkan rahmat dan keberkatanMu. Kami tak mampu jadi yang terbaik di mata manusia tapi kami cuba jadi hamba yang terbaik di sisiMu. Aamiin YRA..

03/02/2021

Ya Allah Ya Mujib, lindungilah dan selamatkanlah diri kami daripada perkara-perkara yang tidak baik. Hanya Engkau sahaja tempat kami memohon dan berlindung. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

21/01/2021

Ya Allah, Engkau limpahkanlah rezeki buat kami semua pada hari ini. Semoga dengan rezeki yang Engkau berikan kami dapat kongsi bersama dengan orang yang memerlukan di luar sana. Aamiin..

29/12/2020

Apakah perbezaan Minyak Gaharu dan Attar?

Ramai yang mengatakan bahawa minyak gaharu ialah minyak attar/wangian attar. Tapi ia sebenarnya ialah dua benda yang berbeza namun ada berkaitan 😊😊

Attar, Mukhallat, Perfume dan wangian komersial yang lain merupakan gabungan bahan-bahan yang berbeza. Minyak Gaharu adalah antara bahan2 penting yang dijadikan sebagai based note bagi wangian2 ini. Tapi bukan semua perfume menggunakan gaharu tau.

Dari sudut komposisinya, minyak oud/gaharu asli adalah wangian dengan sendirinya, tanpa dicampur dengan bahan yang lain. Boleh digunakan direct sebagai wangian.

Demikian perbezaan dari sudut komposisinya. Adapun perbezaan dari sudut aroma, maka tiada pun di antaranya yang dapat dibandingkan dengan minyak Gaharu secara keseluruhan. Tidak dinafikan banyak attar dan wangian lain adalah sedap untuk dibau, tetapi Gaharu menmpunyai kelebihan-kelebihan lain yang dapat dirasai oleh pemakainya.

09/12/2020

Percaya kepada kekuatan dan kebolehan sendiri.

28/11/2020

Ringkas sahaja ayatnya, tapi boleh buat kita bangkit untuk BERJAYA.

5 Risiko Bahaya Bila Berbuka Puasa Dengan Rokok! - REMAJA 17/05/2019

5 Risiko Bahaya Bila Berbuka Puasa Dengan Rokok! - REMAJA Merokok merupakan amalan yang sangat membahayakan apatah lagi jika dalam keadaan perut kosong.

Suami Kena Faham 6 Sebab Ibu Menyusu Cepat Letih Di Bulan Ramadhan 08/05/2019

https://siraplimau.com/cabaran-menyusu-di-bulan-ramadhan/

Suami Kena Faham 6 Sebab Ibu Menyusu Cepat Letih Di Bulan Ramadhan Proses menyusu badan itu sahaja merupakan suatu tugas yang tidak mudah. Apatah lagi jika perlu melakukannya sambil berpuasa.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ulu Kelang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Taman Ukay Perdana
Ulu Kelang
68000