Kedai Aloyah SG

Kedai Aloyah SG

Share

Di sinilah anda boleh cari barang-barang yang terbaik. InsyaAllah.

13/01/2025

Resepi Char Kuew Teow Sedap

Bahan -Bahan :

sebungkus kue teow
tauge
daun kucai
udang
bawang putih
5 titik minyak bijan
telur 2 biji
cili mesin (ikut kepedasan yg diingini, saya buat tak pedas sgt dlm 3 sudu je...)
kicap pedas manis sesudu
kicap manis (ikut rasa)
sos char kuey teow dlm 2-3 sudu

Cara Memasak :

1) pecahkan telur dan buat mcm scramble egg tu..then keluarkan

2) goreng udang sebentar dan keluarkan

3) titik bawang putih dlm minyak yg sama, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin...tumis hingga garing, masukkan sedikit air mengikut keperluan.

4)masukkan kicap pekat manis, kicap manis, sos char kuey teow, didihkan sebentar.

5) masukkan kue teow, kacau sebentar dan masukkan udang dan telur, kacau sebati masukkan daun kucai. Titikan minyak bijan sedikit...Perisakan masakan. Kalau rasa tawar, blh tambah kicap atau garam (saya tak letak garam)...last sekalu masukkan tauge, dan tutup api. Kacau. Sekian..

Kredit : Nanny Amm

13/01/2025

Resepi Tumis Brokoli dan Udang

bahan-bahan:

1 lb udang, dikupas dan dikeringkan
1 kepala brokoli, potong bunga
1 lobak merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dikisar
1 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu kecil lada hitam

Arahan:

Panaskan minyak dalam kuali atau kuali besar di atas api sederhana tinggi.

Masukkan udang dan masak sehingga merah jambu dan legap, kira-kira 2-3 minit. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.

Masukkan bawang putih dan masak selama 30 saat, atau sehingga naik bau.
Masukkan brokoli dan masak selama 2-3 minit, atau sehingga lembut.

Kembalikan udang ke dalam kuali dan masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan, dan lada hitam.

Kacau hingga sebati dan masak selama 1-2 minit, atau sehingga panas.

Hidangkan segera di atas nasi atau mee.

resipi

13/01/2025

Sapa2 yg ada nasik lebih tu boleh la buat, senang ja 😍

2 cwn nasik*
Isi ayam/udang/ikan bilis*
Bawang merah 2 ulas*
Carrot*
Sdikit air*
Garam*
2 sb tepung beras
1 sb tepung jagung
1/2 sb tepung ubi
1 biji telur

Cara
1. Blend semua bahan bertanda * .Masukkan 3 jenis tepung tadi dan telur gaul bagi sebati..
2. Pastu blh la goreng dalam minyak hingga garing.

Projek Bebas Gastrik Gerd & Anxiety

Sumber : Brainlynoiler

Dalca daging kredit resepi : Hadi Salleh 03/05/2024

Dalca daging kredit resepi : Hadi Salleh

Dalca daging kredit resepi : Hadi Salleh

Mobile uploads 18/04/2022

mohon share

Resepi chicken chop

Bahan ayam

1.Debone chicken (bhgn peha+thigh)-ada jual kat kedai yg dah siap buang tulang*
2.tepung bestari
3.air

Cara2
Debone tulang ayam bahagian peha dan thigh.bancuh 3-4sudu teping bistari-bancuh cair.rendam ayam dlm.bancuhan ini dlm 30 minit.perasakan dgn garam.lumurkan ayam yg dah direndam td dgn tepung bestari lg (yg tidak dibancuh air) sehingga sekata dan goreng hingga masak
Bahan sos blackpepper
1.lada hitam (blend kasar)-dlm 2 sudu besar
2.susu segar (stgh cwn)
3.mentega/marjerin-2 sudu
4.bwg besar 1 labu cincang
5.3 ulas bwang putih cincang
6.demi-glaze brown sauce mixture
7.cendawan dlm tin-potong kasar
8.tepung gandum-2 sudu besar
Cara2:
Panaskan mentega, tumis bwg putih n merah, masukkan tepung gandum shgga berbuih, masukkan 4 sudu brown powder,lada hitam masukkan sedikit air dan susu,masukkan cendawan.biar mereneh.curah atas ayam
Coleslow
Racik bwg holland, kubis, carrot
Gaulkan dgn mayonis, susu, garam gula.
Whipped potato
Rebus dan lecek 6-8 biji kentang.masukkan susu, mentega,lada hitam serbuk, putar smpai gebu
Gravy whipped potato
Tumis bwg putih n merah yg dicincang, masuklan sdikit tepung gandum. Masukkan kiub ayam, air, sdikit lada sulah n lada hitam, kicap (utk bg warna perang).kacau n tggu mendidih.tuang ke atas kentang lecek

kredit: Bonda Ayu Husnul Hafizah:

Mobile uploads 21/03/2022

mohon share

Gulai Ayam Minang Ayam Den Lapeh

Lapehlah Juo Nan KaRimbo

Oii Lah Malang Juo,😁 Oii oii Ayam Den Lapeh.

Resepi

Gulai Ayam Minang (Padang)

Bahan

1ekor ayam dipotong ikut selera

Bahan kisar

15 ulas bawang merah

6 ulas bawang putih

15 btg cili merah

2 ruas jari halia

3 ruas jari kunyit idop

3 biji buah keras

Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan juga

2 btg serai diketuk

3 ruas jari lengkuas diketuk

5 helai daun limo purut diramas dulu

1 helai daun kunyit

3 cengkih optional

1 sdb cuka makan jika s**a atau 1 keping asam keping

Masuk ayam

Masuk juga kentang dipotong.

Bila ayam dan kentang empuk masukkan

1 kotak kecil santan

Masukkan garam atau perasa lainnya.

Resep Masakan Indonesia Menu Rumahan Mudah, Enak Dan Sederhana.

Resepi kita,Masakan kita,Kita yang Rasa. Sapa nak cuba resepi,silakan Mummy Aiman Halalkan.

Photos from Resepi Pembuka Selera's post 19/03/2022

mohon share trima kaseh

Photos from Makan Sedap Johor's post 26/03/2021

Mohon Share Resepi Puding

04/03/2021

Hidangan minggu ini, Nasi Bukhari Silam (resepi lama) kiriman dari kawan FB, Juragan Sambernyowo. Rasa nasi nya cukup selera. Ini saya kenakan lebihan air rebusan untuk nasi nya membuat lauk sampingan nya. Ayam Masak Merah Bukhari.

Nasi Bukhari Bon Appetit.

Bahan2nya
500 gm beras basmati di rendam dalam 20mins (tengok arahan dari pembekal nya).
1 ekor ayam - dibersih dan dibelah 4 (Ambil bahagian dada, leher, kaki tulang belakang nya untuk buat stok air rebusan untuk nasi nya)

Bahan & rempah dalam Air rebusan untuk - Nasi Bukhari
1 biji bawang besar di potong kasar2
2 sudu bawang merah goreng
3 ulas bawang putih di titik
1 inch halia di titik
1 tin susu (evaporated milk)
2 biji rempah bunga lawang
1 batang rempah kayu manis
6 biji rempah buah pelaga
4 biji rempah bunga cengkih
Air Mawar
Daun Ketumbar
Daun Saldri atau daun sup
Serbuk perasa/Knorr Ayam/Ikan Bilis
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih
Mentega
Minyak masak

Peraturan2nya
Di periok yang agak besar, letakan 1/2 biji bawang besar, bawang putih dan halia yang di titik bersama rempah2, 4 sekawan (bunga lawang,cengkih,buah pelaga dan kayu manis bersama air 1.5 mangkuk. Rebus air nya, bila ia mula panas, masukkan bahagian2 ayam nya. Letakan garam dan perasa/knorr, rasa airnya. Bila air mula mendidih letakkan susu cair, tomato ketchup dalam 1/2 botol, bawang merah goreng, daun ketumbar dan saldri. Biarkan ayam nya masak hingga empok sebelum di angkat. Asingkan stok atau air rebusan secukup untuk menanak nasi nya.

Di kuali kecil, cairkan 1/2 buku mentega dan minyak sedikit, kemudian goreng 1 biji bawang besar yang di hiris dan tomato hiris nya. Letakan garam sedikit. Sediakan periok nasi eletrik, tuangkan bawang dan tomato yang digoreng tadi, Letakan beras basmati nya yang sudah di rendam dan ditoskan. Ambil air rebusan dalam 1.5 mangkuk atau secukup untuk menanak nasi bukhari nya. Semasa nasi nya kering letakan daun ketumbar dan kuis nasi nya. Biarkan nasi nya masak sepenuh nya. Taburkan daun ketumbar bawang merah goreng di atas nya bila disajikan.

09/01/2021

Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal Aalamin Ya mujib

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Singapore?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Singapore