Ibah D'aina
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibah D'aina, Health/Beauty, Kulim, Kedah.
ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴﻢ
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
" Kalau nak hidup bahagia, perbanyakkan redha dengan takdir ALLAH SWT. Semakin banyak kita redha, semakin banyak kita memperoleh kebahagiaan ".
* Kalam indah Murabbi
~ ~
Assalamualaikum...pagi yang barakah ya sahabat
moga kita semua dalam kasih sayang Allah 💝
23/02/2020
Nak tahu apa D'aina Skincare boleh BANTU SELESAIKAN MASALAH KULIT WAJAH ANDA?. Jom baca sini:
↘Mengimbangi lebihan minyak
↘Mengatasi kulit kering dan kusam
↘Mengecilkan liang pori
↘Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
↘Merawat masalah parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dll
↘Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV yang merbahaya
↘Menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit lebih halus dan lembut
↘Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori
↘Membantu mencegah penuaan pramatang
↘Menjadikan kulit segar, lebih sihat, dan bersinar serta kekal awet muda
↘Menganjalkan dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah
PEARL GLOW SERUM (KKM NOT 161104301K)
PEARL BEAUTY SOAP (KKM NOT 161104300K)
PEARL SOFT TOUCH FOUNDATION(KKM NOT 161104302K)
www.wasap.my/+60134070506
31/10/2019
👉VITAMIN C TERBAIK👈
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.
Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses.
Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh.
Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kebanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.
Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.
Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C.
1. ASCORBIC ACID
Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.
2. BUFFERED VITAMIN C
Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.
3. VITAMIN C DENGAN BIOFLAVONOIDS
Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.
4. TOPICAL VITAMIN C
Ia adalah yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.
21/10/2019
PAKAI KORSET UNTUK TURUN BERAT BADAN
Secara amnya pemakaian korset dalam usaha mengurangkan berat badan adalah tidak berbahaya, asalkan tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan sukar bernafas atau mengganggu penghadaman.
Keberkesanannya produk ini untuk menurunkan berat badan berbeza-beza bagi setiap orang. Ia hanya membantu pengguna untuk rasa cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu banyak dalam satu masa.
Jika tidak berjaya, cuba berbincang dengan doktor yang berpengalaman dalam rawatan menurunkan berat badan.
26/09/2019
Pengambilan makanan yg berasaskan soya dan telah menjalani proses fermentasi sgt bagus kerana ia membekalkan vitamin B, terutamanya vitamin B12.
Vit B12 sangat penting dalam pembentukkan sel darah merah dan sel-sel saraf.
Tanda-tanda kekurangan vit B12 adalah lidah yg bengkak dan merah, rasa letih, rasa kebas dan menyucuk pada kaki, degupan jantung yg laju tetapi lemah (tidak kuat), mudah lupa dan masalah kitaran haid.
25/09/2019
Tudiaaa pakat REAPET ORDER time PROMOSI BERGANDA-GANDA
Bijak sungguh 👏
Bulan lepas pakat try
Bulan ni pakat reapet
Ada yang Sabun habis
Ada yang serum habis
Ada yang foundation habis
So time PROMOSI pakat pakat topup na😍
Sapa tak mau oiii...
1 1
Kaw hado😂
Jom jom jom whassap akk cepat klik disini 👇
www.wasap.my/+60134070506
20/09/2019
APAKAH PUNCA BIBIR KERING?
Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).
Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibatkan bibir seperti senyuman, makan dan ketika bercakap. Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.
Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.
Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese. Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.
Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.
Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.
Tanpa disedari makanan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.
Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering. Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.
30/07/2019
TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT
Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini :
1) Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak.
2) Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih.
3) Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok.
4) Elakkan dari persekitaran yang berhabuk dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.
5) Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.
6) Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
30/07/2019
RM60 untuk 3 items
BELI 1 PERCUMA 1 untuk LOOSE ITEMS
JIMAT BERGANDA-GANDA 💪
FREEPOS ya
Jom whassap akk cepat klik disini 👇
www.wasap.my/+60134070506
30/07/2019
CARA MENGENAL SUATU PRODUK KECANTIKAN MENGANDUNGI MERKURI
Produk kosmetik dan kecantikan yang mengandungi bahan terlarang MERKURI biasanya menjanjikan wajah putih dalam tempoh masa yang singkat. Masa yang diperlukan antara seminggu hingga dua minggu sahaja menggunakan produk ini, wajah pengguna dijamin menjadi putih.
Produk kecantikan sebegini sangat berbahaya kerana ia merosakkan struktur kulit, saraf, otak, ginjal, serta gangguan perkembangan janin.
Jangan lupa, merkuri juga boleh menyebabkan kanser.
15 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM
1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.
2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.
3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.
4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.
5 – Sodium bertindak dalam mengawal jumlah air dalam badan, mengekalkan keasidan dan pH darah, membantu dalam memberikan isyarat saraf (neurotrasmitter) dan pengecutan (kontraksi) otot.
6 – Seorang individu dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari (dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak p**a haruslah kurang daripada itu.
7 – Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya, dan kebanyakannya dari sumber makanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan beberapa jenis lagi makanan proses.
Tidak mustahil juga akan ada dewasa yang mengambil sehingga lebih dari ini memandangkan 9g ini adalah sekadar nilai purata (9g adalah nilai tengah-tengah, ada yang ambil kurang dari itu, ada yang ambil lebih).
8 – Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi (hypertension).
9 – Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalah kurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar (restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti MSG) ketika memasak.
10 – Jika ingin makan makanan dalam tin, pastikan tos dahulu makanan dalam tin sebelum menggunakannya. Peringatan juga buat abang-abang bina badan di luar sana yang sering menggunakan tuna dalam tin dalam kadar yang kerap.
11 – Baca dahulu label sebelum membeli kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang ini rata-ratanya tinggi kandungan sodium. Kadang-kadang roti wholemeal yang menyihatkan pun mengandungi kandungan sodium yang tinggi, maka berjaga-jagalah.
12 – Selain roti, bijirin sarapan, biskut dan kek juga mengandungi sodium yang tinggi. Patutlah orang zaman sekarang ni mudah kena serangan jantung.
13 – Sekiranya kita gemar makan daging (lembu misalannya), maka lebih dari 1/4 kuota pengambilan sodium harian anda datang dari makanan ini.
14 – Sodium pada label makanan disukat dalam unit “miligram” (mg).
15 – Berapakah had maksima jumlah sodium yang anda perlu ambil dalam sehari? Mudah sahaja. Seorang dewasa tak boleh ambil lebih dari 6g garam sehari, atau bersamaan dengan 6000mg sehari, manakala garam terdiri daripada 40% sodium, maka dengan itu, 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari.
C&P
JANGAN KOPEK KUPING PADA LUKA
Apabila berlaku luka, tubuh kita akan mula melakukan proses penyembuhan. Kuping akan dibentuk bagi menutupi luka dari pencemaran kotoran dari luar.
Sel darah merah dan antibodi akan membunuh kuman yang berada pada luka tersebut.
Sel darah merah, fibrin, dan platelets akan membentuki darah beku dan akhirnya darah beku ini membentuk kuping (scab).
Apabila kita membuang kuping pada luka ini, ia akan mendedahkan semula luka tersebut pada pencemaran luar. Mungkin akan berlaku jangkitan kuman semula. Luka juga mungkin akan bertambah besar.
Biar kuping tanggal sendiri, apabila kita mandi atau cuci luka dengan air suam yang bersih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kulim
Kedah