Double Stemcell Phytoscience
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Double Stemcell Phytoscience, Beauty, cosmetic & personal care, Kedah.
18/06/2014
Assalam semua...hari ni nk berkongsi ttg kebaikkan ulam-ulaman..jom kta check.. :)
PEGAGA - Kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita berpantang. Ia membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.
TIMUN - Amalan makan timun juga boleh membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta untuk penjagaan kecantikan kulit wajah.
CEKUR – Khasiat Cekur dapat mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan, mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.
KUNYIT MUDA - Ianya mengandungi banyak bahan antioksidan yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, serta mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning selain merawat barah. Pati kunyit dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.
PETAI/JERING –Walaupun berbau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
PUCUK KADUK- Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.
LOBAK MERAH- Kaya dengan vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.Ia baik untuk membantu mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.
MENGKUDU- Ia kaya dengan beta karotin dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.Buah mengkudu masak p**a mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksidan, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.
KACANG BOTOL- Sangat baik bagi orang yang diserang demam campak bagi melegakan penyakit. Air bancuhan daun kacang botol dapat mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
JANTUNG PISANG- Mempunyai karbohidrat yang memberi tenaga, di samping protein, lemak, fosfurus dan zat besi. Pengambilannya turut membantu meningkatkan kesihatan saluran pencernaan dengan cara meningkatkan pergerakan usus besar dan mengurangi risiko penyakit jantung.
p/s : Selok-eloknya, ulam-ulaman ini dimakan mentah untuk mengekalkan khasiatnya. Jika anda biasa memakannya, rasa pahit itu tidak lagi menjadi masalah.. :)
Assalam semua..lama xmenjengah page ni..agak bz dgn final sem dan exam..skrg dah blh beri tumpuan.. :)
Assalamualaikum semua..nak menjana pendapatan extraa?? PM me ya.. :)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kedah
06000