An-Nur Bekam Sunnah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from An-Nur Bekam Sunnah, Health/Beauty, Kedah.
10/08/2019
DOA ARAFAH - 10hb Ogos 2019
Rebutlah peluang utk berdoa...di waktu yang mustajab untuk berdoa...😭😭.
Assalaamu 'alaikum. Hari Arafah sudah tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku (kami) Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku (kami) dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku (kami) kematian yang diberkati. Izinkan aku (kami) mengucapkan syahadah sebelum aku (kami) menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku (kami) syafaat Rasulullah (SAW).
4. Ya Allah masukkanlah aku (kami) dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku (kami) dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku (kami) dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku (kami) sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakanlah agamaku (kami) dan ibadatku (kami). Selamatkan aku (kami) daripada kejahatan dan izinkan aku (kami) menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku (kami) dan tingkatkanlah pahala dan rahmat untukku (kami). Padamkan dosa-dosaku (kami) dan ampunkanlah aku (kami) sepenuhnya. Limpahilah rahmatMu untukku (kami) dan selamatkanlah aku (kami) dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku (kami) mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku (kami) menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakanlah aku (kami), ibu bapaku (kami), keluarga dan anak-anakku (kami) bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku (kami) dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku (kami), tingkatkan keyakinan dan tawakkalku (kami) padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku (kami) dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku (kami) untuk Mu dan Nabi Mu (SAW).
14. Ya Allah ampunilah aku (kami) dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15 Ya Allah berilah aku (kami) lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku (kami) hanya untuk Mu semata dan lindungilah aku (kami) dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku (kami) dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku (kami)dan Tuhanku (kami), jangan biarkan aku (kami) sendirian. Berkatilah aku (kami) dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku (kami).
18. Oh Tuhanku (kami), jadikanlah aku (kami) dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku (kami).
19. Selamatkanlah aku (kami) dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku (kami) dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku (kami) dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkatilah hidupku (kami) dengan kesihatan yang baik, agar aku (kami) dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku (kami).
23 Ya Allah, lindungi aku (kami) dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan aku (kami) dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Ya Tuhanku (kami), berkati hidupku (kami) dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku (kami) dari api neraka. Sesungguhnya aku (kami) memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku (kami) semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkanlah aku (kami) dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkanlah aku (kami) dan isteriku (kami) menjadi antara jemaah menunaikan Haji lagi dan lagi sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungilah kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungilah kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampunilah dan berilah rahmat kepada ibu bapaku (kami), kerana mereka menjagaku (kami) ketika aku (kami) masih kecil.
30. Ya Allah, aku (kami) berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkanlah aku (kami) semua dari sifat kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku (kami) kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku (kami) dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat asar 5:21ptg...
Moga Allah makbulkan doa2 kita semua semuanya.
أمين..أمين..أمين..أمين يارب العالمين.
07/05/2019
Ramadan-2
05/05/2019
Ramadan 1
01/05/2019
Berzikir menenangkan jiwa yang kacau bilau
Ustaz Muhd Ridzuan
0183977391
01/05/2019
Berita Dukacita
Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz telah kembali ke Rahmatullah. Moga dicucuri Rahmat dan keampunan keatas Rohnya.
Saya merakamkan Takziah pada seluruh ahli keluarga beliau. Beliau seorang yang banyak menyumbang jasa dalam menyebarkan Dakwah Islam dan mendidik Masyarakat. Moga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau.
انا لله وانا اليه راجعون...
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء البرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس..
23/04/2019
20/04/2019
=============
Kebaikan Bekam
=============
▪️Membantu menghilangkan pening dan migrain.
▪️Membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
▪️Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
▪️Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
▪️Mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
▪️Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
▪️Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.
15/04/2019
Apa Itu Bekam?
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan proses mengeluarkan atau membuang darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kedah